Teruja Mahu Berkongsi Berita Gembira, Elfira Loy Bakal Nikah 1 Januari 2019

Selepas mengikat tali pertunangan dengan Faris Khairol Anuar pada 2 September lalu, pelakon Elfira Loy dikhabarkan bakal melangsungkan perkawinannya pada 1 Januari 2019.

Gempak dimaklumkan oleh sumber terdekat, Elfira dan tunangnya yang juga pengurus besar syarikat telekomunikasi itu sudah sepakat memilih tarikh tersebut untuk diijabkabulkan.

Malah, sudah ada ahli keluarga terdekat serta sahabat handai yang mula mendapat jemputan daripada mereka.

Lebih meyakinkan lagi, baru-baru ini, seorang rakan artisnya iaitu Datin Seri Umie Aida turut mendedahkan bahawa pasangan itu bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Elfira kini sedang berada di Australia dan menjalani penggambaran sebah program ‘traveling’.

Namun sebelum pemergiannya itu, Elfira ada memuat naik sebuah entri yang memberitahu dia amat teruja untuk berkongsi segalanya bila sekembalinya ke Malaysia kelak.

“Will be away for two weeks. So excited to share everything,” tulisnya.

Adakah berita yang ahu dikongsi itu adalah berita pernikahannya? Sama-sama kita nantikan.

Apa-apa pun Gempak mendoakan agar apa yang dirancang Elfira berjalan dengan lancar.

Kenal Beberapa Bulan, Elfira Loy Selamat Bertunang Dengan Anak Datuk?

Pelakon Elfira Loy dikhabarkan baru sahaja selamat bertunang dengan lelaki bernama Faris Khairol Anuar yang merupakan anak kepada seorang usahawan bergelar Datuk, kira-kira 9 pagi tadi. Gempak dimaklumkan, Elfira, 24, mengadakan majlis merisik dan bertunang secara kecil-kecilan dan tertutup di kediamannya, Alam Damai, Kuala Lumpur.

Menurut sumber yang terdekat dengannya, difahamkan juga Elfira baru beberapa bulan sahaja mengenali jejaka tersebut yang berusia 27 tahun “Mereka dah selamat merisik dan bertunang sebentar tadi. Hanya keluarga dan rakan terdekat sahaja dijemput. Majlis ini dirahsiakan daripada umum.
“Tidak silap saya perkenalan mereka bermula pada Ramadan lalu, tak sangka mereka mengambil masa yang cepat untuk bertunang.

“Faris kini bekerja di syarikat bapanya yang merupakan seorang usahawan bergelar Datuk,” katanya. Terdahulu, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi, namun jodoh mereka tidak kesampaian selepas berpisah pada awal tahun ini.

Sumber : Gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*