Zizan Razak Cuba Nak Tongkat Dagu Zahirah Macwilson Tapi Tidak Kesampaian, Memang Lawak Habis

Semalam, pelakon cantik Zahirah Macwilson ada berkongsi video ‘bersemut’ yang dibuat menerusi aplikasi TikTok. Lalu, video tersebut turut dimuat naik menerusi Instagram.

Dalam ramai yang memuji video yang kelihatan cukup comel darinya, ramai juga yang tanya tangan yang menampung dagu runcing Zahirah milik siapa?

Pastinya, ramai yang meneka tangan tersebut adalah milik kekasih hatinya, pelakon Aiman Hakim Ridza. Malah, siapa ada netizen yang ‘stalk’ dengan mengenalpasti jenis jam tangan hitam yang dipakai Aiman.

Sejak video itu muncul, ramai pula netizen yang gigih pergi stalk IG Aiman sebab nak cari bukti. Jelas, ia betul berdasarkan warna dan bentuknya, kata netizen.

Pada masa sama, ada juga yang meneka dan mengharapkan agar mereka cepat-cepat kahwin! Aduhai, macam-macam gelagat peminat ni kan? Yang penting, keduanya memang sama cantik sama padan!

Lihat video di bawah ( versi Zahirah & Aiman)

Namun apa yang menarik sejak muncul video tersebut ramai juga artis lain yang cuba melakukan aksi sama. Antaranya Siti Nordiana, Sharifah Sakinah dan Zizan Razak.

Apa yang mencuri tumpuan adalah video yang dikongsi di page Rotikaya apabila aksi yang dipercayai cuba dibuat oleh Zizan Razak dengan Zahirah.

Video tersebut yang diambil di dalam kereta menunjukkan tangan Zizan yang cuba menongkat dagu Zahirah. Apa yang lucunya apabila niat Zizan tidak kesampaian selepas Zahirah yang hanya tersenyum seakan tidak sudi membenarkan dagu beliau ditongkat oleh Zizan.

Reaksi Zizan selepas sememangnya mencuit hati apabila menarik perlahan tangannya dengan suara kecewa. Namun apa yang pasti itu hanyalah gurauan sesama mereka. Malah umum mengetahui Zizan memang jenis suka mengusik dan bergurau.

Malah rata-rata netizen mengusik Zizan dengan memberi komen mengaitkan video tersebut dengan Mira Filzah pula.

Lihat video di bawah ( versi Zahirah & Zizan)

Jom baca apa komen netizen

” Nurul Aiin Fatihah dah berapa kali dah zizan ni tukar awek. dr juliana, pergi k emma pergi k mira filzah. takde effort pun dia ni nak seriouskan hubungan ke dia memang nak bercinta utk suka suki je..”

” Isma Rahim Cantik nya dia. Nak cantik seri macam dia juga. Amin. Zizan Takut dgn mirah filzah lah tu haha..”

” Siti Norlia Hamzah Hahahhaha…lawak r ko ni zizan. Ko jgn caqi pasai jijann kang bf dia yg pndekk tuu lempanggg bquu ada akaii..”

Sumber : rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*