Sult4n Selangor duk4cita

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kesal dan dukacita dengan kenyataan iaitu ‘Sultan johor pemangku sultan pahang sultan Selangor turun Himpunan ICERD 8-12-2018 bersama anak Melayu Bumiputera’ yang tersebar di media sosial dan WhatsApp.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin menitahkan supaya mana-mana pihak tidak membabitkan nama baginda dengan sebarang perhimpunan anjuran parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kenyataan yang disebarkan itu boleh mengelirukan masyarakat.

“Sultan Selangor sebagai Sultan yang memerintah negeri Selangor tidak seharusnya dilibatkan dengan sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak.

“Justeru, baginda mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan berita-berita palsu seumpama ini,” katanya dalam satu kenyataan di Shah Alam, hari ini.

Beberapa parti politik dan NGO akan menyertai perhimpunan bagi membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD) di Kuala Lumpur, esok.

Pada 23 November lalu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan tidak akan meratifikasi ICERD dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini.

sumber;harian metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*