Terharu Ernie dibuatnya…

SINGLE baru penyanyi Ernie Zakri iaitu Ku Bersuara menduduki tangga teratas carta iTunes Malaysia.

Lagu yang dilancarkan tengah malam tadi itu mendahului lagu popular lain seperti SOLO (Jennie Blackpink), Beautiful (feat Camila Cabello), Thank You, Next (Ariana Grande), You Are The Reason (Calum Scott), Anta Permana (Datuk Seri Siti Nurhaliza), DDU-DU DDU DU (Blackpink) dan Taki Taki (Selena Gomez, Ozuna & Card B).

Ernie, 26, atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri berkata ia satu pencapaian untuknya berbanding lagu sebelumnya.

“Alhamdulillah, sejujurnya saya terharu dan tidak menjangka sambutan sebegini hebat untuk lagu ini. Mungkin antara faktor peminat sudah tidak sabar menunggu buah tangan terbaru daripada saya selepas Misteri.

“Malah, beberapa minggu sebelum lagu ini dilancarkan pun saya sudah dihujani pertanyaan dan mereka teruja tunggu lagu ini.

“Sejak malam tadi hingga sekarang, mereka yang sudah melanggan di semua platform berkongsi di Instagram masing-masing. Terima kasih atas sokongan diberikan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ernie, lagu dan lirik ciptaan Syamel, Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham itu menceritkan kisah peribadi dan kerjayanya sebagai penyanyi.

“Lagu ini sangat istimewa sebab ia mengenai diri sendiri. Lagu sebelum ini kisahnya daripada komposer tetapi Ku Bersuara ia idea asal saya. Malah, muzik video yang bakal dilancarkan pada 12 Disember ini pun berdasarkan kisah hidup saya.

“Pendek kata, lagu ini begitu dekat dengan saya. Kiranya, lebih mudah untuk saya menjiwai dan sampaikan lagu ini nanti,” katanya.

sumber;harian metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*