TV3 terima Anugerah YouTube Gold

SISTEM Televisyen Malaysia Berhad (TV3) menerima Anugerah YouTube Gold atas kejayaan peningkatan lebih satu juta pengikut di laman sosial berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) Johan Ishak berkata, pihaknya berbangga apabila TV3 menjadi salah satu daripada 16 akaun pencipta di Malaysia yang dipilih pada tahun ini.

Menurutnya, ia adalah hasil strategi kreatif stesen televisyen berkenaan.

Katanya, konsep yang digunakan iaitu menggunakan bukan sahaja saluran televisyen tetapi turut dikeluarkan ke saluran YouTube nyata berjaya menarik tontonton ramai penonton.

“Konsep yang digunakan itu sejajar dengan misi Media Prima Berhad (MPB) sendiri iaitu Digital First.

“Harapan kami penonton di saluran YouTube akan lebih berkembang pada tahun hadapan.

“Jika melihat kepada kadar pertumbuhan tahun ini, ia sememangnya memberangsangkan, bukan hanya TV3 tetapi pelbagai saluran akaun lain di bawah MPB,” katanya.

Johan berkata demikian selepas menerima anugerah berkenaan yang disampaikan Pakar Penonton Asia Tenggara YouTube Carolyn Fu pada pada majlis yang diadakan di ibu negara, hari ini.

Turut hadir, Ketua Negara Google Malaysia, Marc Woo.

Sementara itu, pada majlis sama, tiga pencipta dan saluran lain iaitu pemain dram cilik, Nur Amira Syahira Azizul, 15, pengarah dan pemuzik kontroversi, Namewee serta Didi & Friends: Omar and Hana turut menerima penghargaan anugerah yang sama.

Mereka masing-masing memiliki pengikut melebihi satu juta di saluran YouTube.

sumber;harian metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*