Disebalik Lagu Sumpah by Naim Daniel Ada Kisahnya. Ini Pendedahan Karakter Lagu Tersebut

Semenjak dua menjak ini lagu Sumpah oleh penyanyi yang kian mencipta nama, Naim Daniel sering kedengaran di corong radio ataupun dibibit bibit mulut rata rata rakyat Malaysia. Namun begitu disebalik lagu Sumpah, ada penceritaan misteri yang netizen semua tertanya tanya.

Sumber instagram

SIAPAKAH DAYANA EMERDA?

Tular harini satu posting yang dimuat naik oleh Dayana Amerda di akaun Instagram peribadi miliknya mengenai penceritaan disebalik lagu Sumpah. Hal ini adalah turutan daripada luahan rasa yang telah diceritakan oleh Naim Daniel pada satu program reality, Begitu Begini DJ Nazz.

Sumber instagram

Naim Daniel telah menyatakan bahawa lagu Sumpah itu adalah mengenai dengan kisah percintaannya yang telah terputus ditengah jalan bersama gadis bernama Dayana Amerda. Naim dan bekas kekasihnya itu bercibta sejak zaman persekolahan namun memutusakan hubungan itu disebabkan oleh tekanan daripada keluarga.

Naim Daniel ketika itu telah menzahirkan rasa sedihnya kerana Dayana telah selamat berkahwin dengan jejaka pilihan hati.

Tambah Naim, “Saya telah melepaskan nya dan saya menghormati dia. Saya hanya berharap dia bahagia dengan kehidupannya.”

Kenyataan yang dikeluarkan Naim Daniel telah dibidas oleh empunya badan, Dayana Amerda memalui posting di instagramnya.

WANITA DALAM VIDEO ITU ADALAH SAYA

Dayana memberitahu umum bahawa wanita yang dinyatakan didalam video lagu Sumpah itu adalah dirinya. Tambah Dayana penceritaan yang sebenar hanya dirinya dan orang terdekat sahaja yang tahu, tidak seperti yang diyatakan didalam video tersebut. Dayana memberitahu bahawa kenyataan yang bakal dikeluarkan dia bukan untuk menjatuh kan sesiapa mahupun mengeruhkan keadaan.

DIMAKAH HORMAT ITU?

Dayana melahirkan rasa kecewanya apabila Naim Daniel seolah tidak memikirkan dirinya sebelum mereleasekan lagu Sumpah tersebut. Menurut Dayana lagu Sumpah dicipta bersama ketika dalam perhubungan mereka iaitu sekitar tahun 2013-2014. Namun begitu jelas Dayana, Naim sepatutnya membuat keputusan yang bijak sebelum kontroversi ini terjadi.

Jelas Dayana lagi perhubungan mereka telah lama berakhir iaitu sekitar tahun 2013. Dayana memberitahu bahawa lagu itu telah lama diciptakan dan ianya tidak seharunya menjadi kontroversi setelah dia berkahwin.

Dayana Amerda menyatakan bahawa perhubungan mereka bukanlah terputus disebabkan oleh tekanan keluarga seperti yang dinyatakan oleh Naim Daniel. Dayana membuat penjelasan bahawa kedua ibu bapa mereka sempat ziarah menziarahi dan mereka dalam keadaan yang baik baik sahaja.

“SAYA TINGGALKAN DIRI KETIKA NAIM DANIEL SUDAH MEMPUNYAI TEMAN WANITA LAIN”

Sumber instagram

Dayana memberitahui bahawa dirinya hanya bersabar dan berdiam apabila kontroversi lagu Sumpah ini hanya terjadi apabila tular tentang pertunangan dirinya dan suami. Dayana memberitahu umum bahawa dia telah disuruh meninggalkan Naim sendiri kerana pada ketika itu Naim sudah pun mempunyai teman wanita. Hal ini membuatkan Dayana yakin yang Naim sudah pun move on.

Tambah Dayana, kenyataan yang dikeluarkan oleh Naim bertentangan dengan penceritaan yang sebenar yang sememangnya hanya orang berdekatan sahaja mengetahui hal sebenar. Dayana tampil memberi kenyataan kerana sudah lama bersabar dan hanya ingin menjernihkan air yang keruh.

Dayana Amerda telahpun bertindak memadamkan posting di akaun instagramnya itu setelah beberapa jam dimuat naik. Jangan lupa like page Info Viral di Facebook untuk mendapatkan cerita terkini dan share artikel ini sekiranya ia bermanfaat. Terima kasih.

Sumber: instagram dayanaamerda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*