Amalkan 5 Makanan Ini Untuk Kurangkan Kadar Kolestrol Dalam Badan, Elak Sakit Strok & Jantung

Bila disebut perkataan kolestrol, pasti semua akan rasa terancam dan takut. Dengan permakanan yang macam-macam timbul sekarang ni sudah pasti mengundang ke arah yang tidak sihat. Makanan yang menyelerakan kebanyakannya memberi banyak kesan kurang baik kepada badan kita. Namun, sudah pasti untuk menolak makanan yang sedap satu keputusan sukar untuk dibuat. Perlu diingatkan makanan yang mengandungi minyak seperti masakan bergoreng sebolehnya dikurangkan atau dijauhi sama sekali.

Sekiranya anda mempunyai sejarah banyak penyakit, sudah pasti makanan yang enak perlu dikorbankan demi menjaga kesihatan jangka panjang. Sudah pasti anda perlu bijak mengawal permakanan yang kurang kolestrol bagi mengurangkan terkumpulnya lemak-lemak di dalam tubuh badan kita.

Untuk mengurangkan kolestrol dalam badan, di bawah adalah makanan yang mampu kurangkan kadar kolestrol:

1. AVOCADO

makanan yang sesuai bagi menyingkirkan kadar kolesterol dalam badan adalah avocado. Buah ini mempunyai kemampuan meningkatkan tahap LDL dalam tubuh badan. Avocado juga mampu menjadi pilihan yang bijak untuk mereka yang mempunyai lemak yang berlebihan dengan kandungan asid lemak.

2. COKLAT GELAP

Jika anda salah seorang yang sangat mengemari buah avocado, anda boleh gabungkannya dengan sedikit coklat gelap bagi mengurangkan kadar kolesterol jahat dan mempertingkatkan kolesterol baik dalam badan.

Coklat gelap turut mengandungi flavonoid dan antioksidan sebagai melawan sel-sel kerosakan.

3. MINYAK ZAITUN

Kebaikan minyak zaitun sama sekali seperti avocado. Minyak zaitun juga mengandungi asid lemak yang tidak tepu. Ia boleh dijadikan sebagai pengganti mentega.

4. TERUNG

Segelintir orang tidak gemar makan sayur terung kerana teksturnya yang lembut setelah dimasak. namun anda harus tahu, terung juga mampu menyerap asid hempedu yang berada di tubuh badan serta menyerapkan kolesterol dalam hati anda.

5. BUAH DELIMA

Sedia maklum, khasiat buah delima semsetinya tidak boleh disangkal lagi. Buah delima juga mampu mengubati pelbagai penyakit. Pada masa yang sama, ia juga boleh mengurangkan kadar kolesterol yang ada dalam darah.

Keseluruhannya, permakanan di atas hanya mampu membantu anda mengurangkan kadar kolestrol. Selebihnya adalah tindakan anda dalam melaksanakannya. Dinasihatkn juga anda perlu untuk bersenam serta wujudkan gaya hidup sihat seperti bersenam dalam aktiviti harian. Jangan lupa like page Info Viral di Facebook untuk mendapatkan cerita terkini dan share artikel ini sekiranya ia bermanfaat. Terima kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*