Amalkan Tomato Beku, Muka Berjerawat & Berparut Pulih. Wanita Ini Kongsikan Caranya

Pernah tak alami muka berjerawat dan kemudian parutnya sukar untuk dihilangkan? Masalah sebegini bukan hanya terjadi pada kaum wanita, malah lelaki pun sama. Dah banyak duit dihabiskan untuk membeli bermacam produk bagi mengatasi parut jerawat ini tapi kesannya masih sama tak berubah.

Parut jerawat ini boleh dianggap hal yang tidak berbahaya. Tapi, anda perlu sedar ianya dilihat sebagai masalah kesihatan yang perlukan perhatian perubatan dalam mengatasinya.

Ianya kerana kebanyakan individu yang mengalami masalah ini menganggap diarinya hodoh. Lantas kesannya adalah perasaan rendah diri muncul apabila berhadapan di khalayak ramai serta dalam melakukan kerja sekali pun. Ini yang memudaratkan kesihatan tambahan aka nada perasaan tekanan perasaan.

Kalau ini masalah yang anda hadapi, mungkin boleh cuba cara yang dikongsikan gadis ini. Hanya menggunakan tomato beku, ia membuatkan muka bertambah berseri selain menghilangkan jerawat serta parut yang ditinggalkan.

Di bawah adalah perkongsian dari Asha Zakaria di akaun facebook miliknya boleh dipraktikkan, disebabkan mudah serta berkesan:

MENGGUNAKAN SEBIJI TOMATO!

Tip untuk hilangkan jerawat dan parut degil!
Boleh glowingkan kulit wajah.
Bahan yang diperlukan cuma satu biji buah tomato.

Sumber facebook

Cara-caranya:

1. Cuci dan simpan buah tomati ini dalam peti ais bahagian sejuk beku.
2. Biarkan selama sehari. Kemudian potong dua.
3. Ambil sebelah dan gosokkan pada kulit muka selama 15 minit.

Hasilnya sebelum dan selepas

4. Biarkan selama satu jam sebelum mencucinya seperti biasa.
5. Buat setiap hari, seeloknya pagi.
6. Kalau malas boleh buat 2 kali seminggu.

SELAMAT MENCUBA!

Pastikan anda rajin dan kerap dalam mengamalkan teknik ini untuk dapatkan keputusan yang lebih cepat. Yang penting disiplin dan jangan putus semangat di tengah jalan. Jangan lupa like page Info Viral di Facebook untuk mendapatkan cerita terkini dan share artikel ini sekiranya ia bermanfaat. Terima kasih.

Sumber: facebook Asha Zakaria

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*