Berjaya Kecilkan Peha & Turun Berat 10kg Dalam Masa Sebulan. Ikuti Perkongsian Gadis Ini

Untuk memiliki badan yang langsing bukan sesuatu hal yang mudah. Ianya memerlukan keazaman yang tinggi dalam melaksanakannya. Berbagai-bagai cara telah dilakukan untuk dapatkan badan idaman sehingga diet ekstrem, bersenam sehingga memudaratkan badan namun hasilnya masih lagi tak dapat dicapai.

Wanita ini yang dikenali sebagai Anastasia Asyikin di laman twitter ada kongsikan caranya tersendiri dalam mencapai berat badan turun 10kg. Ianya berjaya lakukan dalam tempoh sebulan lebih sahaja. Yang penting pehanya dapat dikecilkan. Hairan bukan? Jom ikuti perkongsiannya di bawah.

Turun 10 kg

Sumber twitter

Saya berjaya hilangkan 10 kg berat badan saya dalam satu setengah bulan. Dari pertengahan Feb hingga April.

Cara diet saya

-Tak ambil nasik selama sebulan
-Tak minum air manis
-Makan banyak sayur dan minum air putih
Breakfast- bijirin & pisang
Lunch- Sayur & dada ayam
Dinner- epal hijau & air

Dari dulu nak kecilkan peha

Sumber twitter

Motivasi saya, saya selalu impikan pakai boot tinggi Steve Madden’s. Memang dari dulu saya nak kecilkan peha. So dari 80kg dan sekarang 70kg. Tapi target saya 65kg. Lagi 5kg to go.

Amalkan berlari selalu

Saya juga amalkan rutin senaman. Saya install app Nike Training Club & Nike Run Club. Apps ini banyak bantu track down progres larian dan juga kalori.

Sumber twitter

Setiap pagi juga saya buat yoga ringan dan setiap malam saya berlari 5km. 3 hari sebelum hari konvokesyen saya lari 10km setiap malam. Paling jauh saya buat 21.2 km dalam tempoh 2 jam 36 minit. Itu yang pertama dan terakhir ok. Sambil tu saya dengar lagu juga.

Sumber twitter

Sekarang

Sumber twitter
Sumber twitter

Secara keseluruhannya, untuk dapatkan badan yang cantik dan langsing perlukan motivasi yang tinggi dan diikuti disiplin dalam melakukan aplikasinya. Teruskan berusaha dan jangan cepat mengalah. Semoga perkongsian ini memberikan semangat yang tinggi bagi anda yang memiliki cita-cita yang sama. Jangan lupa like page Info Viral di Facebook untuk mendapatkan cerita terkini dan share artikel ini sekiranya ia bermanfaat. Terima kasih.

Sumber: Twitter Anastasia Asyikin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*