Bersorak Ketika Umum Saman Netizen. Jofliam & Cik Epal Ditegur Peminat

Sebelum ini tular di media sosial mengenai instafamous atau blogger popular iaitu pasangan Cik Epal dan Jofliam mengenai kehidupan peribadinya dan keluarga. Netizen membuat pelbagai andaian dengan kongsian di Instagram akaun milik pasangan tersebut dan jadikan itu sebagai bahan untuk membawang atau mengumpat.

Sumber instagram

Cik Epal atau lebih dikenali sebagai Cik Epal Gonjeng itu merupakan idola ramai remaja di Malaysia dek kerana dengan usaha kerasnya menjadi seorang blogger yang berkaliber sejak 10 tahun yang lepas. Sebagai seorang influencer, tugas Cik Epal adalah memberi posting yang memberi inspirasi kepada banyak lapisan masyarakat.

Blog yang ditulis Cik Epal juga dijaga rapi supaya berkualiti. Cik Epal banyak berkongsi peribadinya termasuklah resepi masakan dan pengalaman nya bercuti ke luar negara.

JO CERDIK DAN STROLLER RM3K

Pada posting yang lepas, netizen tidak berpuas hati dengan perkongsian Cik Epal apabila suaminya, Jofliam atau lebih dikenali sebagai Jo Cerdik membeli stroller RM3K kerana tidak mahu berpatah balik ke rumah mengambil stroller yang sedia apa.

Sumber instagram

Apa yang menjadikan isu adalah netizen banyak memberi komen yang negatif, hal ini hanyalah satu perkongsian dan tidak memudaratkan mana mana pihak pun. Ada juga netizen yang mengambil ini sebagai inspirasi kerana itu dapat memberi semangat untuk terus Berjaya seperti pasangan ini.

MAKCIK BAWANG KE KANDANG MAHKAMAH

Beberapa hari lepas tular seorang pengguna Facebook yang digelar makcik bawang telah memberi komen yang berbau untuk menjatuhkan Cik Epal, dengan tidak semenanya dia dan suami telah membuat keputusan untuk menyaman individu tersebut.

VIDEO-MENGUMUMKAN PENAMA KENA SAMAN SAMBIL BERSORAK


Terbaru dalam IG live yang dibuat Jofliam dan Cik Epal, mereka telah mengumumkankan penama bagi individu yang akan disamannya. Tapi, apa yang menjadi perhatian netizen adalah sikap mereka berdua yang bersorak dan bertepuk tangan sewaktu peguamnya mengumumkan nama-nama tersebut.

Secara tidak langsung perbuatan itu menjadi buah mulut pengikut dan netizen yang menonton. Ianya dianggap perbutan yang kurang matang untuk dipertontonkan pada khalayak ramai sehinggakan ada beberapa peguam yang turut menegur perbuatan tersebut.

Sumber twitter

Apapun yang terjadi diharapkan masalah ini dapat diselesaikan secara elok dan berdamailah semampu yang boleh. Sesungguhnya perbuatan maaf itu lebih mulia dari segalanya. Dan untuk netizen, diharapkan lepas ini lebih berhati-hati untuk menegur. Tegur tu tidak salah, yang salahnya adalah bahasa yang kurang sopan.

Jangan lupa like page Himpunan Kata di Facebook untuk mendapatkan cerita terkini dan share artikel ini sekiranya ia bermanfaat. Terima kasih.

Sumber: Twitter

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*