Buble Tea Penyebab Sembelit? Ikuti Penjelasan Doktor Ini Berkaitan Buble Tea

Baru baru ini sangat kecoh dan tular di media sosial mengenai dengan masalah kesihatan yang dialami oleh remaja berusia 14 tahun dari negara Tembok Besar yang didakwa masalah kesihatan itu berpunca daripada pemakanan ‘buble tea’ yang tidak dapat dicerna oleh badannya.

‘buble tea’ telah menyebabkan remaja tersebut mengalami sakit perut dan tidak dapat membuang air besar dalam masa beberapa hari. Seperti yang kita tahu ‘buble tea’ ialah sejenis jeli yang dimasukkan kedalam minuman seperti ‘buble milk tea, ice blended dan smoothies’. Jeli ini umumnya berbentuk bulat dan berwarna hitam yang diperbuat daripada tepung dan gula.

Masalah kesihatan yang dialami itu disyaki oleh kerana remaja tersebut minum terlalu banyak buble tea yang menyebabkan jeli itu tersekat di setiap saluran pencernaannya.

Minuman ‘buble tea’ sangat tular di media sosial waktu ini kerana menjadi kegilaan ramai orang terutamanya remaja. Ramai yang berpendapat buble tea ini sangat enak disebabkan teksturnya yang lembut dan mudah ditelan tetapi masalah yang dihadapi remaja daripada Tembok Besar ini sangat pelik.

Gambar scan yang tular itu seperti menampakkan buble tea itu masih ada jelas di dalam usus remaja tersebut.Gambar itu jelas kelihatan biji biji bulat didalam badan remaja itu.

Persoalannya disini, ADAKAH MASALAH KESIHATAN REMAJA INI BENAR DISEBABKAN OLEH ‘BUBLE TEA’?

Hal ini dijelaskan oleh Dr Latif Saad sebagai sesuatu yang mustahil kerana menurut beliau makanan akan dihancurkan dan dicerna oleh system pencernaan seperti mulut terlebih dahulu sebelum masuk kedalam usus.

Menurutnya, imej daripada hasil x-ray remaja itu idalah menunjukkan ketulan dahi dan hal itu telah menyebabkan remaja tersebut mengalami sembelit selama beberapa hari. Fenomena ini dipanggil sebagai ‘Faecal Loaded’.

ADAKAH BUBLE TEA MENYEBABKAN SEMBELIT?

TIDAK. Bubble Tea tidak akan menyebabkan sembelit untuk seseorang yang normal kerana jeli itu hanya diperbuat daripada tepung ubi kayu, gula dan juga air. Tepung ubi dapat dicerna dan boleh bertindak untuk melembutkan najis.

Walaubagaimanapun, minumlah dengan kadar yang sederhana agar ianya tidak memudaratkan kesihatan kita semua. Till next time, see you when I see you! Jangan lupa share artikel ini sekiranya ia bermanfaat buat anda. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*