Bukan Calang Calang Yuna di Times Square, New York City

Suatu ketika dahulu seorang remaja pernah tular di Myspace dengan hasil karya nyanyiannya yang telah mendapat 1 juta penonton. Artis yang dimaksudkan ialah Yunalis Mat Zara’ai atau lebih popular dengan nama Yuna. Kehadiran Yuna di dunia seni sejak pada tahun 2008 memberikan semangat baru kepada peminat muzik Pop dan Rock Indie.

ALBUM TERBARU DI TIMES SQUARE, NYC

Sebuah entri di Instagram milik penyanyi itu, dia telah berkongsi gambarnya yang terpampar di tempat paling busy iaitu di Kota Metropolitan New York. Hal ini sangat membanggakan rakyat Malaysia kerana kebiasaannya artis luar negara sahaja yang di promosikan di situ.

Album terbaru Yuna ‘Rouge’ telah pun dikeluarkan pada masa yang sama ianya diiklankan disitu. Tambahnya lagi Yuna memberitahu bahawa dia daripada Kuala Lumpur dan terus ke Kota New York, dirinya begitu malu. Yuna mengajak sesiapa yang berkesempatan berada disitu untuk mengambil gambarnya dan tag dirinya di Instagram.

SO PROUD OF YOU

Melalui posting tersebut ramai netizen mahupun rakan artis dalam dan luar negara mengucapkan tahniah dan berbangga dengan kejayaan Yuna. Yuna bukan sahaja membawa namanya ke seluruh dunia malah dia juga membawa nama seni Malaysia ke entero dunia.

Sememangnya hal ini sesuatu yang membanggakan.

MENETAP DI USA

Yuna bukanlah seorang artis yang biasa apabila dia mengambil keputusan untuk mencipta nama di negara luar dan menetap disana bersama suami, Adam Sinclair. Yuna dan Adam dikatakan menetap di USA sejak awal perkahwinan mereka pada Januari 2018.

Sumber instagram

Keberanian Yuna ini patut dijadikan contoh oleh setiap individu bagi mencipta nama dimedan seni dengan penuh gah dan berjaya.Tahniah HK ucapkan kepada Yuna dan semoga Yuna terus membanggakan rakyat Malaysia dengan menghasilkan karya seni yang berkualiti.

Jangan lupa like page Info Viral di Facebook untuk mendapatkan cerita terkini dan share artikel ini sekiranya ia bermanfaat. Terima kasih.

Sumber: Instagram Yuna

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*