Desakan Hidup? Pekerja GrabFood Hantar Makanan Sambil Sebat Kasut Tular Di Media Sosial

Dewasa ini teknologi pesat membangun seiring dengan keperluan dan kehendak kita. Hanya picit telefon di hujung jari sahaja segala kemudahan disediakan tak kisahlah dari segi beli belah ataupun perkhidmatan makanan. Semuanya hanya pesan melalui apps yang disediakan di dalam smartphone.

Sudah pasti apabila dalam khidmat pesanan dalam talian ada risikonya tersendiri seperti kes penipuan barang tak sampai dan macam-macam lagi.

Tidak dinafikan juga, semakin maju sesebuah negara, semakin tinggi kos sara hidup yang perlu ditanggung oleh masyarakatnya. Jadi, tidak hairan lah apabila berada dalam keadaan terdesak, seseorang itu mampu buat lebih daripada norma manusia berfikir.

Terbaru, tular satu kejadian berlaku di negara jiran kita, Singapura berkenaan kes kecurian. Yang membezakan kes kecurian ini dengan yang lain sehingga mendapat perhatian netizen adalah kerja ini dilakukan oleh seorang pekerja perkhidmatan yang terkemuka.

Hasil perkongsian video Desnis Teo di laman sosial Facebook miliknya yang mana merakamkan seorang pekerja GrabFood telah mengambil kesempatan mencuri kasut di rumah pelanggannya selepas membuat satu penghantaran makanan.

Kejadian itu berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup. Menurut rakaman ini, pekerja GrabFood ini mengambil sepasang kasut dan meletakkannya ke dalam beg bekas makanan. Perbuatan ini ditunjukkan pada saat ke 30 rakaman.

Dikatakan pihak GrabFood Singapura telahpun memandang serius dan mengambil tindakan akan kejadian ini yang mana boleh membawa nama buruk terhadap perkhidmatan cemerlang mereka. Ianya satu tindakan yang membawa kesan jangka panjang dan negatif kepada pelanggan yang lain kerana ragu-ragu akan keselamatan mereka.

VIDEO PENUH:

Kesimpulannya, semoga pekerja GrabFood yang lain mengambil ikhtibar dari kejadian ini dan berkhidmatlah dengan ikhlas dalam mencari nafkah masing-masing jangan sampai kepercayaan pengguna dikhianati.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*