Didik Anak Lelaki Dengan 5 Perkara Ini Sebelum Usia Mereka Remaja

Memiliki cahaya mata merupakan impian bagi setiap pasangan yang sudahpun berkahwin. Anak adalah pelengkap bagi rumah tangga yang bahagia. Namun, anak lelaki memiliki lebih tanggungjawabnya dalam keluarga berbanding perempuan. Mereka perlu melindungi adik beradik serta keluarga yang tercinta.

Disebabkan itu lah anak lelaki ini perlu diasuh supaya menjadi bertanggngjawab dalam semua hal. Mereka bukan sahaja sebagai pelindung bahkan bakal suami, ayah dan memimpin keluarganya kelak. Tapi, bersediakah kita sebagai ibu bapa untk mengajar anak lelaki ini agar mempunyai pakej yang lengkap?

Berikut adalah coach parenting dari Taufiq Razif terhadap ibu bapa supaya anak lelaki dididik dengan baik sebelum usianya menjengah remaja.

DIDIK ANAK LELAKI 5 PERKARA INI SEBELUM USIA REMAJA

1. MELINDUNGI

Didik anak lelaki untuk MELINDUNGI maruah adik perempuannya kerana pada saat kita tiada, anak lelaki lah yang menjadi tempat berpaut dan berlindung adik beradik perempuannya

2. LEMAH LEMBUT

Didik anak lelaki untuk LEMAH LEMBUT dengan adik beradik perempuannya kerana anak lelaki yang tegas dalam kelembutan lebih berkesan untuk membentuk adik beradik perempuannya

3. RAJIN

Didik anak lelaki sifat RAJIN terutamanya dalam membuat kerja rumah kerana itu cara terbaik untuk mereka tumbuh dewasa menjadi suami yang memahami bebanan kerja seorang isteri

4. HORMAT

Didik anak lelaki untuk HORMAT pada ayahnya kerana ayah adalah hero dan idola pertama dalam kehidupannya. Sekali hormat itu hilang, si anak boleh jadi hilang panduan

5. MENCINTAI

Didik anak lelaki untuk MENCINTAI ibunya kerana ibu adalah pintu syurga paling dekat pada seorang anak lelaki. Anak perempuan, setelah berkahwin pintu syurga utamanya berpindah daripada ibu kepada suami tetapi pada anak lelaki, ibunya lah pintu syurga utamanya buat selama lamanya

Kesimpulannya, untuk memiliki anak, para ibu bapa haruslah mempunyai ilmu supaya acuan yang akan dibentuk akan menjadi lebih cantik. Terapkan nilai tanggungjawab dalam diri anak-anak lelaki supaya mereka dapat menjadi ketua yang baik dalam setiap aktiviti kehidupannya. Jangan lupa like page Info Viral di Facebook untuk mendapatkan cerita terkini dan share artikel ini sekiranya ia bermanfaat. Terima kasih.

Sumber: facebook Taufiq Razif

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*