Ikuti Perkongsian Ini Cara Betul Mandikan Anak Bila Demam & Elak Guna Air Sejuk

Sebagai ibubapa sudah tentu kita tak akan tenang apabila anak kecil demam dan tak kebah setelah kian lama. Justeru iti kita akan berusaha untuk mencari tip atau petua untuk dilakukan kepada anak kecil itu supaya hilang demamnya.

Ada petua yang menyatakan apabila anak kecil demam kita seharunya mandikan anak menggunakan air sejuk dan ada juga petua bahawa apabila anak itu demam, hanya lap menggunakan kain basah dan tidak boleh dimandikan.

Ini adalah satu kongsian daripada Doktor Abdul Rahim Nor yang dapat membantu ibudapa ketika anak kecil demam.

APA ITU DEMAM

Apabila si bayi mempunyai serangan bakteria atau virus didalam badannya, maka suhu sibayi akan meningkat daripada suhu normal 36-37.5 Celcius kepada lebih daripada 37.5 Celcius. System badan bayi itu sendiri akan mempunyai ransangan untuk malawan demam itu.

Ada kalanya ibu bapa begitu relaks apabila melihat anak kecil yang sedang demam tetapi begitu aktif bermain dan sangat berselera makan.

AIR PANAS MEMBUKA PORI

Ibu bapa boleh menggunakan tuala kecil yang direndam menggunakan air panas suam untuk diletakkan di bahagian badan anak kecil seperti, di dahi, perut, leher, ketiak dan celah paha kerana kehangatan tuala itu dapat membantu pembuluh darah di kulit mengembang dan membuka pori pori agar dapat mengeluarkan haba panas didalam badan.

Ikuti cara seperti berikut;

1. DILARANG MENGGUNAKAN AIR SEJUK KETIKA DEMAM

Hal ini adalah kerana suhu air yang sejuk itu akan meningkatkan lagi suhu badan anak kecil yang sedang demam itu. Air yang sejuk akan membuatkan pembluh darah didalam kulit mengucut dan menghalang haba panas dari badan untuk keluar terbebas.

2. JANGAN MANDIKAN DENGAN AIR SEJUK

Jika anak kecil demam ibu bapa seharusnya elak untuk memandikan anak menggunkana air yang sejuk kerana hal ini akan meningkat kan lagi suhu badan anak dan membuatkan demam tidak kebah kebah.

Namun begitu setiap individu dan kedaan badan itu berbeza, jadi ibu bapa harus membuat keputusan mengikut kesesuain anak kecil.

3. JANGAN PAKAI BAJU TEBAL

Apabila si anak kecil demam, cuba elakkan memakai pakaian tebal kerana ini tidak mengurangkan demam itu. Seeloknya anak kecil memakai pakaian yang nipis dan tidak berselimut.

4. BERI AIR YANG BANYAK

Ketika demam, kita akan mengeluarkan peluh dan kencing yang sangat banyak jadi ibubapa mesti memastikan ank kecil dapat kandungan susu ataupun air yang banyak ketika demam.

5. MANDI DENGAN AIR SUAM

Anak kecil yang demam mestilah dimandikan dengan air yang suam dan bukan lah air paip yang sejuk itu. Anak kecil mestilah dilap sehingga kering setelah selesai sahaja mandi.

6. UBAT HANYA SUHU LEBIH 38C

Ibu bapa jangan panic dan terus memberi ubat apabila anak kecil demam kerana ada anak kecil yang demam tetapi masih atif bermain. Ubat hanya diberi apabila suhu anak kecil telah melebihi 38C.

7. BERJUMPA DOKTOR

Apabila demam anak kecil tak kebah kebah dan mengeluarkan tanda merah, kelihatan lesu, hilang selera makan dan minum, susah untuk bernafas, muntah dan cirit birit makan ibu bapa mesti segera membawa berjumpa yang pakar dan arif, iaitu ke hospital untuk mendapatkan perubatan lanjut.

Semoga perkongsian ini memberi kebaikan dan membuka minda bagi ibu bapa di luar sana dalam hal penjagaan si kecil. Jangan lupa like dan share artikel ini sekiranya ia bermanfaat buat anda. Terima kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*