Ini Pesan Fazley Yaakob Untuk Suami Yang Tinggal Pinggan Atas Meja Lepas Makan

Dalam rumah tangga memerlukan two ways communication. Bukan mengharapkan sebelah pihak semata. Oleh itu pasangan suami isteri seharusnya bertolak ansur antara satu sama lain bagi memastikan keharmonian rumah tangga.

Selalunya dalam budaya melayu, kita akan berpandangan bahawa semua tugasan rumah akan dilakukan oleh pihak perempuan sahaja dan si suami keluar mencari nafkah. Itu fahaman dulu yang mana ketika itu kudrat bekerja hanya untuk lelaki. Tetapi di era moden ini kita harus terima perubahan ekonomi dan kehendak.

Kaum isteri juga kini perlu keluar bekerja untuk membantu urusan pencarian rezeki. Jadi, adilkan sekiranya hal kerja rumah hanya terbeban untuk kaum isteri?

Terbaru menerusi laman twitter, selebriti dan juga seorang chef iaitu Datuk Fazley Yaakob ada memuat naik nasihat untuk kaum suami dalam memastikan kebahagian rumah tangga berterusan. Berdasarkan twit tersebut, Fazley menekankan bahawa suami harus ringan tulang untuk turut serta menguruskan hal rumah seperti mengemas ataupun memasak.

Berikut adalah twit yang dimuat naiknya:

“Actually bukan perempuan yg pandai memasak je menjadi kunci kebahagiaan rumah tangga,tetapi si suami yg rajin bantu basuh pinggan lepas isteri masak- bukan makan lepas tu tinggal je pinggan atas meja! Isteri dah masak, isteri dah hidang, apa salahnya suami pulak yang kemas semua?” Tulis fazley.


Rata-rata pengikutnya menyokong dengan twit fazley ini. Yela bagi la can sikit kat kaum isteri ini. Sejujurnya tidak salah untuk bersikap adil. Sedangkan Nabi kita pun terlibat sama membantu Aisyah dan tidak biarkan Aisyah keseorangan. Sama-sama mencari rezeki dan sam-sama jugalah mengurusakan luar dalam rumah tangga. Sedikit sebanyak membantu komunikasi dalam perhubungan perkahwinan.

Komen Netizen:

Sumber Twitter

 

Sumber Twitter

Jangan lupa like page Himpunan Kata di Facebook untuk mendapatkan cerita terkini dan share artikel ini sekiranya ia bermanfaat. Terima kasih.

Sumber: Twitter Dato’ fazley Yaakob

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*