Inspirasi! Anak Ikut Jejak Langkah Ibu Jadi Pramugari Di Syarikat Penerbangan Yang Sama. Berdiri Sama Tinggi, Duduk Sama Rendah

Setiap individu mestilah mempunyai impian yang besar dalam membina kerjaya dan merupakan ukuran kejayaan bagi sesetengah pihak. Bekerja bersama keluarga tidak kira keluarga yang dekat mahupun yang jauh sudah tentu menjadi suatu keseronokan dalam bekerjaya. Namun begitu ada juga yang berpendapat bahawa bekerja bersama ahli keluarga tidak seronok.

IBU SEBAGAI SENIOR

Berlainan pula kisah anak beranak yang sama cantic ini apabila mereka bekerja didalam satu bidang yang sama di sebuah syarikat yang sama. Menerusi Harian Metro, seorang pramugari jelita, Beverly Ann Mei Ling Lim yang berusia 19 tahun merupakan junior kepada ibunya sendiri, Brenda Alison Alcantra, 45 tahun.

Ibu dan anak ini bekerja sebagai kabin kru di dalam syarikat yang sama iaitu Air Asia. Memiliki kerjaya di awan biru bersama ibunya merupakan sesuatu yang sangat berharga buat Beverly.

Jelas Beverly ibunya itu adalah sebagai mentor buat dirinya yang masih di awalan kerjayanya sebagai pramugari. Ibunya banyak memberi tunjuk ajar kepada nya walaupun mereka belum pernah berada dan bertugas didalam satu pesawat yang sama.

BERSEMANGAT MELIHAT NEGARA LUAR

Jelas gadis jelita ini dia tidak pernah mempunyai angan angan untuk menjadi seorang pramugari tetapi hal ini berlaku adalah kerana sejak kecil mendengar cerita daripada ibunya. Jelasnya lagi dia bersemangat untuk menjadi kru kabin apabila mengimpikan berjalan ke negara luar.

Semangatnya untuk terbang di awan biru berkobar apabila ibunya bercerita keseronokan apabila terbang dan dapat melihat negara luar. Hal ini merupakan satu pengalaman yang sangat hebat.

IMPIAN YANG JELAS SEBAGAI PRAMUGARI

Jelas ibunya, Brenda dia sangat mendorong anaknya untuk meneruskan kerjaya ini dan mempunyai matlamat yang jelas dalam membina kerjaya di awan biru. Sebagai senior kepada anaknya itu, ibu yang cantik ini merasakan suatu tanggungjawabnya untuk memberi tunjuk ajar agar anaknya dapat memberikan hasil kerja yang cemerlang didalam bidang ini. Jangan lupa like dan share artikel ini sekiranya ia bermanfaat buat anda. Terima kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*