Jelmaan Marilyn Monroe Malaysia! Penampilan Cantik Zizi Kirana Dipuji Netizen

Seperti mana yang diketahui umum, Khamis lalu telah berlabuhnya tirai bagi Anugerah Stail EH! 2019. Anugerah ini telah berlangsung di Equatorial Plaza, Kuala Lumpur. Pelbagai stail yang telah ditonjolkan oleh artis-artis kita dalam menjayakan anugerah itu. Rata-rata dengan fesyen yang sangat meletop dan mendapat pujian daripada netizen.

Antara yang menjadi perhatian di anugerah tersebut adalah Neelofa, Awal dan Scha, Aiman dan Zahirah MacWilson dan ramai lagi. Tetapi bagi min, yang sangat membuka mata dan kelihatan menarik adalah gaya daripada Zizi Kirana.

Dia dengan beraninya tampil dengan gaya Marilyn Monroe iaitu memakai dress putih dan berambut blonde. Penampilannya langsung tak tumpah dengan artis Hollywood berkenaan, sungguh cantik dan sangat berani.

Di bawah adalah kepsyen dimuat naik di akaun Instagram Zizi Kirana:

Sumber Facebook

“Ramai tak tahu saya juga mengidolakan Marilyn Monroe, that’s why I chose to be her last night at #STAILEH2019 massive thank you to my Kesayangan’s @shanellharun & @chikathedivas merealisasikan my alter ego look! Ching!!

Juga Terima Kasih tak terhingga buat semua kesayangan yang vote, especially anak-anak panda sayang @zzfellasofficial @zzfellasindo_officials vote sampai Mama Panda jadi winner kategori ‘Selebriti Wanita Seksi’! Auww!!

Last but not least, Happy 20th Anniversary @ehmalaysia dan seluruh team penerbitan; congrats atas acara semalam yang berjalan sangat lancar!
Love U All Kesayangan Sia!” Tulis panjang Zizi.

 

View this post on Instagram

 

Zizi Kirana dengan gaya alter ego Marilyn Monroe di #staileh2019 #lancomemy #ehmalaysia

A post shared by EH! (@ehmalaysia) on

Dalam anugerah ini, Zizi telah dinobatkan pemenang untuk selebriti Wanita Seksi. Ini adalah hasil undian daripada peminatnya sendiri. Dengan penampilan dibawanya ini, rata-rata netizen amat kagum dan memuji kecantikan Zizi Kirana dan berjaya membawa jelmaan Marilyn Monroe dalam anugerah tersebut.

Keseluruhannya anugerah sebegini telah membawa artis Malaysia lebih berani dan kreatif dalam penampilan mereka. Sekali gus membuktikan fesyen di negara kita bertambah baik dari masa ke masa. Cumanya dari segi imej seksi perlu diambil kira seperti mana kita tahu negara kita adalah sebuah negara Islam dan isu sensitive netizen perlu dijaga supaya nanti tidak ada yang menyelar dengan penampilan mereka kelak.

Jangan lupa like dan share artikel ini sekiranya ia bermanfaat buat anda. Terima kasih.

Sumber: Instagram Zizi Kirana, ehmalaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*