Kak Lina Pom Pom Nak Nikah Meriah

Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi atau lebih dikenali sebagai Elly Mazlein dilahirkan pada 17 Disember 1980. Lebih mudah disapa sebagai Kak Lina Pom Pom, dia merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang berasal dari Slim River, Perak.

Kak Lina pada awal mengikat kontrak rakaman bersama NAR Records pada tahun 1997 dan telah melahirkan 4 buah album solo sepanjang 5 tahun kontrak berjalan. Ketika bergelar penyanyi dia sering dibandingkan dengan penyanyi remaja seangkatan seperti Siti Nurhaliza dan juga Liza Hanim.

Kak Lina yang mulanya dikenali sebagai penyanyi namun kini lebih dikenali sebagai pelakon setelah disunting oleh pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam untuk membintangi drama bersiri Gerak Khas. Sejak itu, Elly lebih dikenali sebagai pelakon, dan menempa nama sebagai antara pelakon TV wanita paling laris di Malaysia buat masa sekarang.

Desas desus khabar angin yang mengosipkan Kak Lina dengan seorang jejaka muda telah menghangatkan lagi namanya di kalangan netizen. Terbaru Kak Lina mendedahkan bahawa dia akan menamatkan status jandanya dengan merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun depan dengan jejaka yang digosipkan itu, berusia 28 tahun. Woww.

Menurut Kak Lina, walaupun dia pernah dikecewakan dalam hubungan rumah tangganya sebelum ini, namun ia tidak bermakna dia tidak akan menerima lelaki atau membenci kaum lelaki.

“Boleh dikatakan saya wanita yang paling bahagia sekarang. Jujurnya saya tidak sabar untuk menunggu hari itu..” , ujar Kak Lina.

“Saya perlu move on dan terus muhasabah diri serta tak mahu terus menjatuhkan hokum terhadap bakal suami”.

“Saya percaya soal jodoh dan dugaan masing-masing. Kalau ada rezeki, saya pilih untuk berkahwin pada tahun depan.” Dipetik daripada temubual dengan media.

“Saya anggap ini sebagai perkahwinan yang pertama buat diri saya. Apa sahaja yang saya tak pernah rasa sebelum ini, saya akan buat dalam majlis kali ini.

“Perkahwinan sebelum ini berlangsung ketika mama saya baharu sahaja meninggal dunia. Majlis pun dibuat di surau sahaja. Kalau boleh kali ini saya teringin nak rasa yang meriah sedikit. Kebetulan bakal suami pun tak pernah berkahwin,” katanya.

Bercerita lanjut, Elly berkata dia begitu teruja menantikan hari bahagianya itu lebih-lebih lagi apabila anak perempuannya Sephia juga sangat selesa bersama lelaki pilihannya itu.

“Saya sangat teruja untuk perkahwinan kali ini kerana Sephia pun sangat menyayangi dan keluarga pun menerimanya.

“Benarlah rancangan Allah dah susun begitu cantik. Selepas rezeki yang mencurah-curah kini dipertemukan pula dengan jodoh yang baik.

“Selebihnya saya akan maklumkan kemudian. Saya pasti akan kongsikan berita gembira ini kepada rakan-rakan semua. Kita tunggu masa yang sesuai. Mungkin malam berinai nanti saya akan dedahkan wajah sebenar si dia,” katanya lagi.

Pihak HK mendoakan yang terbaik buat Kak Lina. Semoga mahligai yang bakal dibina dipermudahkan dalam segala hal dan ujian bdaia yang bakal ditempuhi dapat ditempuh dengan sabar.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*