Keadaan Fatimah Terkini Setelah Kehilangan Mamajee-Ikuti Perkongsian Daripada Bapanya

Mamajee, Omar, Ali dan Fatimah

Fatimah atau Timoh sangat dikenali dek kerana kepintarannya dan loghat Kelantan yang dipraktiskan walaupun dia menetap di Kota London bersama keluarga. Fatimah telah kehilangan insan kesayangannya, Mamajee pada Ramadhan yang lalu. Mamajee merupakan seorang chef selebriti yang merupakan pak cik kepada Fatimah. Kehilangan Mamajee telah memberi impak kepada kehidupan Fatimah.

Ali, Omar dan Fatimah

MAMAJEE MERUPAKAN IBU BAPA DAN RAKAN BAIK

Menurut posting di akaun instgram yang terbaru, keluarga Fatimah memberitahu bahawa Fatimah merasakan ini sebagai satu kehilangan yang besar oleh kerana Mamajee merupakan insan yang sangat rapat dengannya.

Fatimah diibaratkan kehilangan separuh daripada jiwanya. Mamajee bukan sahaja pakcik kepada Fatimah tetapi bagi kanak kanak itu Mamajee merupakan ibu dan ayahnya.

Mamajee, Omar, Ali dan Fatimah

Tambahnya Fatimah terlalu akrab dengan pakciknya itu sehingga mereka sudah seperti kawan baik yang begitu rapat. Bagi abang dan adik Fatimah Mamajee merupakan pak cik mereka dan tidak serapat hubungan Fatimah.
Mamajee selalu menjaga Fatimah apabila Fatimah sakit tidak kira siang ataupun malam. Disebabkan hal ini, Fatimah merasakan ianya merupakan suatu yang sangat personal dan kehilangan itu sangat besar baginya.

SEDIH ON-OFF

Terbaru Fatimah sangat kuat melawan kesedihannya dengan pergi ke sekolah sempena hari sukan. Fatimah telah menyertai beberapa acara dan sedikit senyuman terukir di wajahnya setelah sekian lama berdukacita.
Fatimah atau Timoh telah bersemangat untuk ke sekolah pada Isnin sehingga Khamis dan kembali sedih pada petangnya.

Fatimah masih lagi bersedih dan telah terlepas hari kesukaanya iaitu Pizza Day pada hari jumaat. Fatimah bersedih dan menangis sehingga dia tertidur seperti selalu. Menurut keluarganya Fatimah akan mendengar surah ayat suci Quran sebelum tidur untuk berasa tenang.

Sesungguhnya rakyat Malaysia sangat prihatin akan keadaan Fatimah dan berdoa supaya Ftaimah terus kekal semangat dan ceria seperti selalu.

Till next time, see you when I see you! Jangan lupa like page Himpunan Kata di Facebook untuk mendapatkan cerita terkini dan share artikel ini sekiranya ia bermanfaat. Terima Kasih.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*