Meruntun Perasaan Perkongsian Lelaki Ini-Bercinta 9 Tahun, Berakhir 3 Bulan

Cinta itu sungguh indah. Tak dapat dibayangkan macam mana ianya hadir dan macam mana ianya boleh pergi. Dia tak kenal usia, harta mahupun rupa. Hadir dengan ikhlas diakhiri dengan hubungan perkahwinan. Begitu lah yang terjadi kepada seorang pemuda yang tular baru-baru ini. Dikenali sebagai Syahrain Azri di akaun instagramnya telah menarik ramai netizen untuk mengetahui kisah cintanya.

Apa yang membezakan cintanya adalah hubungan cintanya terlalu lama iaitu 9 tahun namun ia berakhir 3 bulan selepas ijab Kabul. Sungguh meruntun perasaan pembaca yang mengikuti kisahnya itu. Di bawah adalah kisah perkongsiannya:

“Syg, sungguh berat ujian ini, kdg saya terfikir bagaimana utk meneruskan kehidupan tanpa awak, Allah ambil awak semasa kita sedang masih rancak bercinta, hanya 3 bulan kita sempat melalui kehidupan sbg suami isteri, itu yg kita impikan semasa awal perkenalan tahun 2010 dahulu, tiba hari pernikahan 23 Mac lalu, Allah je tahu betapa bersyukurnya dan gembiranya kita selepas cita-cita dan impian kita tercapai, pertama kali saya imamkan awak, awak menitiskan airmata, semua perkara kita rancang dgn teliti.”

“Tetapi Allah itu sebaik baik perancang, awak tinggalkan saya ketika kita masih belajar utk menjadi suami isteri yg baik, ketika kita masih duduk berjauhan. Alhamdulillah sempat menjadi suami walaupun tidak sempurna. Harini genap 2 minggu pemergian awak. Semoga awak tenang dan ditempatkan di tempat org yg solehah kerana itu yg selayaknya utk awak. Terima kasih juga tinggalkan kenangan manis dan keluarga yang baik kepada saya. #alfatihah”. Tulis panjangnya di Instagram miliknya.

Rata-rata netizen menyampaikan salam takziah buat Syahrain dan keluarganya. Semoga dia cekal dengan jodoh dan takdir yang Allah aturkan buatnya. Memang berat untuk menerima orang yang kita sayang hilang dalam waktu yang singkat. Namun siapalah kita untuk menidakkannya.

Menurut Syahrain, isteri menghidap kanser otak di tahap kritikal. Disebabkan itulah isterinya terpaksa terlantar di hospital sekian lama sebelum dia pergi buat selamanya.

Semoga roh arwah ditempat dalam kalangan orang yang beriman doakan yang terbaik buat Syahrain sekeluarga dalam menerima dugaan ini. Jangan lupa like page Info Viral di Facebook untuk mendapatkan cerita terkini dan share artikel ini sekiranya ia bermanfaat. Terima kasih.

Sumber: Twitter Syahrain Azri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*