Naluri Seorang Bapa! Anak Dipaksa Makan Daging Khinzir & Berdoa Di Gereja

Naluri sebagai ibu bapa memang Ajaib. Merasakan sesuatu yang tak kena telah mendorong pasangan suami isteri ini mencari semula anak angkatnya, Amanda Qaleesya yang dijaga semenjak usianya dua bulan lagi.

Pasangan suami isteri iaitu Sazlizam Ariffin dan isterinya Faridah Mat Desa terpaksa melepaskan kembali anak angkat yang dijaga mereka selepas 7 tahun bersamanya itu kepada ibu kandung anaknya yang merupakan warga Indonesia pada 3 Julai lalu.

Di bawah adalah luahan Sazlizam:

Oleh kerana perasaan rindu, Sazlizam dan isteri nekad mencari Amanda di Bukit Kuda, Klang untuk mengambilnya semula.

“Saya sedaya upaya mencari maklumat di mana tempat tinggal ibu kandung Amanda.

“Selepas memperoleh maklumat itu, pada Ahad 7 Julai kira-kira pukuI 9 malam, saya ke rumah berkenaan. Kebetulan, ibunya tiada di rumah, kemungkinan keluar bekerja.

“Sebaik melihat saya, Amanda berlari dan memeIuk saya sebelum mengadu ditammpar serta dipukuI jika tidak mendengar kata ibunya,” demikian kata lelaki yang menjaga kanak-kanak itu dengan penuh kasih sayang sejak berusia dua bulan.” Terang Sazlizam

Menurut Salizam, Amanda menceritakan yang dia dipaksa ke gereja untuk berdoa. Ini kerana ibu kandungnya merupakan penganut agama Kristian.

“Amanda dipaksa masuk gereja, makan daging khinzir tetapi Amanda menangis hingga dipukul dan ada masanya dia mahu mengurung Amanda dalam stor kerana tak nak dengar cakap,” Jelas Sazlizam lagi.

Dia faham bahawa ibu kandungnya beragama Kristian dan dia perlu taati agama yang dipegangnya namun tidak seharusnya Amanda dipaksa sehinggakan berasa terancam dengan tindakan ibu kandungnya itu.

Salizam dan isteri mendapat hak penjagaan terhadap Amanda daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada tahun 2012. Kejadian berlaku selepas ibu kandung Amanda menyerahkan anaknya itu dengan sehelai sepinggang dan keputusan untuk ambil anak angkat disebabkan masih tidak dikurniakan zuriat selepas 4 tahun perkahwinan.

“Sejak berpisah minggu lalu, setiap hari isteri saya menangis kerana rindukan Amanda, dia sangat rapat dengan kami sekeluarga dan celotehnya menghiburkan kami semua.

“Surat ditulis Amanda bertajuk ‘Selamat Hari Mummy’ adalah memori manis yang akan dikenang selamanya,” katanya yang berasal dari Pelabuhan Klang, Selangor.

Kesimpulannya, harap pihak berwajib perlu ambil tahu dan menyelesaikan isu hak pe njagaan ini. Ini kerana boleh timbul isu dan konflik dalam pembesaran Amanda disebabkan kekeliruan ajaran. Jangan lupa like page Petua Kita di Facebook untuk mendapatkan cerita terkini dan share artikel ini sekiranya ia bermanfaat. Terima kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*