Sekian Lama Merantau, Lelaki Ini Pulang Untuk Kejutkan Mak Ayahnya.Reaksi Ayahnya Buat Netizen Sebak

Tidak mudah untuk kita mengawal perasaan sedih mahupun rindu apabila berjauhan dengan ibu bapa. Mereka yang membesarkan kita dan sudah pasti ianya amat berat apabila terpaksa berpisah jauh demi menyambung pelajaran dan atas dasar tugasan kerja.

Ini pula kisah berkenaan seorang lelaki bernama Muhammad Fathurrahman yang merupakan penuntut Universiti di United Kingdom. Kisahnya menjadi perhatian dan tular apabila dia memuat naik video di laman media twitter. Isi kandungan video berkenaan adalah kejutan buat si ibu dan ayahnya yang terkejut dengan kepulangannya. Mungkin ia berbunyi biasa, tapi bayangkan kalau setahun tak bersua muka dengan ibu ayah, apa agaknya perasaan tu?

Dalam video tersebut, ibu ayah dan ahli keluarga Fathur tidak mengetahui yang dia akan pulang ke kampung halaman. Dan dari situ boleh dilihat riak wajah ahli keluarga yang ketika itu berada di kedai makan sangat terkejut dan tidak menyangka anak lelakinya, Farthur turut ada di kedai tersebut.

Di bawah adalah video yang dimuat naik dari Farthur di laman Twitternya:


Dengan kapsyen, “It has been 8 months. They almost caught a heart attack after seeing my face”. Semua ahli keluarganya terkedu melihat wajah Farthur yang berdiri di hadapan mereka. Dalam video tersebut menunjukkan yang ayahnya terus bangun dan memeluk Farthur ditemani linangan air mata. Rindu yang tak tertahan selama ini dah terbalas.

Sumber Twitter: Wajah ibunya yang terkejut

 

Sumber Twitter: ayahnya terus bangun untuk memeluk Farthur

 

Sumber Twitter

Menurut Farthur lagi, pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini dia tidak dapat beraya bersama keluarga kerana terikat tanggungjawabnya untuk menghadapi peperiksaan akhir semester. Oleh sebab itu kejutan ini membuatkan perasaan itu lebih bercampur baur. Dengan retweet yang sudah mencecah 21k, rata-rata netizen meluahkan rasa yang sama sehinggan turut menangis dengan moment yang dikongsikan ini.

Sumber Twitter

Siapa yang tak sedih apabila melihat wajah gembira ahli keluarga terutama wajah mak dan ayah sehingga mereka menitis air mata disebabkan perasaan rindu tu. Jangan lupa like page Himpunan Kata di Facebook untuk mendapatkan cerita terkini dan share artikel ini sekiranya ia bermanfaat. Terima kasih.

Sumber: Twitter Muhammad Fathurrahman

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*