Serangan Jantung Boleh Berlaku Bila Bila. Kenali 6 Petanda Awal Sebelum Serangannya

Semakin hari kematian berkaitan serangan jantung semakin meningkat tatkala kita cuba sedaya upaya untuk mengelaknya. Kematian itu pasti dan itu telah dijanjikan Allah untuk hambaNya. Apa sebenarnya punca sakit jantung? Itulah persoalan yang sering diajukan. Amalan gaya hidup kita yang kurang sihat pada hari ini dengan pemakanan tak dijaga, tinggi lemak dan kolesterol serta kurang bersenam meningkatkan risiko serangan jantung. Malah ianya merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia.

 

Jika dulu ia kerap berlaku pada warga berusia, namun kebelakangan ini ia sudah mula dialami ramai golongan muda. Lebih menakutkan bila ia menyebabkan kematian mengejut. Ia dating tanpa kenal usia. Kita seharusnya mengetahui akan tanda-tanda serangan jantung ini tak kira lah tua atau muda yang sebenarnya sudah boleh dirasai sebulan sebelum ia terjadi.

Di bawah adalah petanda awal yang patut diberi perhatian yang serius:

1. KELETIHAN

Jantung kita akan kekurangan banyak darah apabila arteri mula menyempit. Kesannya Ia menyebabkan jantung perlu bekerja lebih keras daripada biasa hingga mengakibatkan tubuh penat dan mengantuk hampir sepanjang waktu.

2. SESAK NAFAS

Untuk paru-paru pula, ia tidak mendapatkan bekalan oksigen seperti biasa ketika tubuh kekurangan darah. Kedua sistem ini bergantung antara satu sama lain. Sebaiknya dapatkan rawatan doktor jika selalu mengalami kesukaran bernafas kerana kedua simpton ini menjurus kepada serangan jantung.

3. KELEMAHAN

Apabila tubuh lemah, ia bermakna arteri semakin menyempit akibat perjalanan darah tidak lancer seperti mana nombor 1 di atas. Apabila otot-otot tidak mendapatkan apa yang diperlukan tubuh akan berasa letih dan layu sepanjang melakukan aktiviti rutin.

4. PENING KEPALA DAN PELUH SEJUK

Semuanya berkait apabila arteri semakin sempit, ia juga menyebabkan aliran darah ke otak terhalang mengakibatkan pening kepala. Perjalanan darah menjadi tidak normal. Sebab itu jangan ambil mudah rasa. Maka itu, jangan sepelekan rasa sakit kepala dan peluh dingin.

5. DADA RASA SEMPIT ATAU TERTEKAN

Perlu diberi perhatian bila anda rasa dada seakan tertekan. Ia mungkin berlaku dalam masa satu hingga dua minit. Anda mungkin juga turut berasa pening dan keletihan pada masa yang sama.

6. DEGUPAN JANTUNG YANG LUAR BIASA

Gejala awal serangan jantung adalah ketidakselesaan pada bahagian dada. Sama ada berasa sakit atau dada rasa sempit.

Sekiranya anda atau pasangan anda mengadu melalui simptom-simptom di atas sebaiknya dapatkan nasihat lanjut melalui doktor perubatan. Pencegahan awal sakit jantung dapat diatasi dengan kesedaran berkenaan petanda awal sebegini. Jangan lupa share artikel ini sekiranya ia bermanfaat buat anda. Terima kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*