Si Ayah Sanggup Jadi Junior Pilot Di Tempat Kerja Baru Untuk Terbang Bersama Anak

Untuk memiliki kerjaya sebagai pilot adalah idaman semua orang. Terbang di awan biru dan jelajah ke serata tempat sudah pasti menjadi keseronokannya. Tapi bukan senang juga untuk memiliki kerjaya yang sama dengan ahli keluarga terutama ayah. Bunyinya amat mustahil tapi ianya telah dibuktikan oleh si gadis ini.

Sumber twitter

Hal ini dikongsikan oleh seorang gadis yang dikenali sebagai Safia Anisa di laman twitternya yang menceritakan detik pengamalannya mengemudi pesawat bersaman ayahnya serta saudara perempuannya. Alangkah indah hidupnya apabila melakukan tugas bersama orang yang tersayang, iaitu ayahnya sendiri dan sekiranya ada apa-apa permasalahan isu teknikal sudah pasti ayahnya boleh menegur dan ajar secara live.

Sumber twitter

Bayangkan bersembang dan berbual dengan ayah dalam satu kerja berpasukan? Menarik bukan?
Di bawah adalah perkongsian daripada kisah Safia Anisa ini di lama twitternya:

Sumber twitter

Menurut Safia lagi, ayahnya sebelum ini berkerja dengan syarikat MAS selama 40 tahun. Demi terbang bersama anak-anak perempuannya, dia mengambil keputusan untuk berhenti dan bekerja bersama di AirAsia sebelum dia bersara.

Sumber twitter

Rata-rata netizen yang mengikuti tweet tersebut amat teruja dan bangga dengan kerjaya keluarga ini. Jadikan ini pembakar semangat untuk mengikut jejak langkah si ayah dan sentiasa berbangga dengan pencapai diri sendiri.

Semoga perkongsian dari Safia ini memberi semangat kepada kita dalam mengikut contoh yang baik iaitu ayah kita sendiri. Sentiasa berbangga dengan kerjaya si ayah dan jadikan dia role model dalam setiap aktiviti kehidupan kita. Jangan lupa like page Info Viral di Facebook untuk mendapatkan cerita terkini dan share artikel ini sekiranya ia bermanfaat. Terima kasih.

Sumber: Twitter Safia Anisa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*