Tidak Tinggal Sebumbung? PU Abu Nafikan Dakwaan Hana Azraa Keretakan Rumah Tangga

Sebelum ini nama PU Abu muncul di mulut netizen disebabkan kisahnya tular menceraikan si isteri yang sedang hamil dan mengahwini seorang ibu tunggal. Kejadian ini berlaku pada April lalu. Ramai reaksi netizen yang mengatakan tindakan PU Abu itu bersikap tidak adil.

Hana Azraa dikaitkan dengan kisah penceraian ini dan dikatakan punca kepada keretakan rumah tangga mereka. Kisah ini berakhir apabila perkahwinan PU Abu dan Ain dengan jatuhnya talak dua pada Mei lalu. Pada 7 jun, bekas isteri, Ain ‘Afini selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki bernama Adam Aysar di Hospital Shah Alam.

Namun, hari ini timbul lagi spekulasi keretakan rumah tangga kali ke dua PU Abu. Kisah ini tular di media sosial yang hubungan perkahwinan kali keduanya dengan ibu tunggal ini mengalami masalah. Tak tahu dari mana puncanya, isterinya Hana Azraa mendedahkan bahawa mereka berdua tidak tinggal sebumbung lagi.

Menurut Hana lagi, dia tampil memberikan kenyataan ini bagi menjelaskan status rumah tangganya untuk elak salah faham netizen terhadap dirinya. Katanya, hubungan dengan PU Abu akan berakhir dengan baik.

DAKWAAN INI TIDAK BENAR-PU ABU

Menurut Hana, mereka sudah membuat haluan sendiri yang mana dia tinggal di Kedah dan manakala PU Abu di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, PU Abu memberikan maklum balas berbeza dari apa yang Hana katakan sebelum ini.

Dan kenyatan yang mereka sudah membawa haluan masing-masing juga tidak betul sama sekali. Menurut pendakwah ini, dia ke Kuala Lumpur disebabkan tanggungjawab terhadap anaknya yang baru lahir serta atas dasar urusan kerja semata-mata.

Hana ada mengatakan dalam kenyataanya sebelum ini yang dia dalam proses mengfailkan tuntutan penceraian dan tak nak ganggu hubungan PU Abu bersama bekas isterinya lagi. Ianya dinafikan oleh pendakwah ini, tidak benar sama sekali dan mereka adalah masih sah sebagai suami isteri.

Justeru, doakan yang terbaik buat mahligai pendakwah PU Abu. Semoga krisis yang melanda dirinya adalah sebahagian daripada ujian sebagai hambaNya. Jangan lupa like page Petua Kita di Facebook untuk mendapatkan cerita terkini dan share artikel ini sekiranya ia bermanfaat. Terima kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*