Zahid AF2 Ambil Keputusan Untuk Berpisah Dengan Isteri. Ini Penjelasan Beliau Berbuat Demikian

Sebelum ini dunia hiburan tanah air digegarkan dengan beberapa berita kurang baik tentang perpisahan rumah tangga artis Malaysia. Terbaru tiada angin dan tiada ribut, tular di media sosial mengenai pengakhiran rumah tangga penyanyi kelahiran Akademi Fantasia iaitu Zahid Baharuddin dan isterinya, Sarah Julifa Yusof.

MASALAH RUMAH TANGGA SEJAK SETAHUN LALU

Zahid, 39 tahun telah mengesahkan bahawa dia dan isteri telah sah bercerai dengan cara baik pada 18 Julai 2019 yang lalu setelah mempunyai masalah rumah tangga sekian lama.

Tambahnya dia dan isteri telah berbincang untuk memutuskan ikatan perkahwinan ini sejak setahun yang lalu, walaubagaimanapun jodohnya itu berakhir pada Khamis yang lalu.

BERCERAI SEBELUM HARI LAHIR BEKAS ISTERI

Zahid juga menyatakan bahawa penceraian ini terjadi beberapa hari sebelum tarikh lahir isterinya. Zahid menyatakan bahawa keputusan ini adalah keputusan yang dibuat bersama dan dilakukan dengan cara baik tanpa ada permusuhan antara kedua pihak.

Zahid juga menjelaskan bahawa penceraian ini terjadi bukan kerana kehadiran orang ketiga atau apa jua masalah berkaitan hal itu. Penceraian secara damai ini adalah disebabkan oleh tiada persefahaman antara dia dan bekas isteri. Jelasnya lagi dia dan bekas isteri hanya bersefahaman apabila ianya adalah berkaitan dengan anak mereka.

Hasil perkahwinan dengan bekas isteri Zahid dikurnaikan seorang putera, Zareef Naufal, 5tahun. Zahid dan isteri berkahwin pada 7 Jun 2015.

HUBUNGAN DENGAN KELUARGA TIDAK TERPUTUS

Zahid meminta agar netizen memberi sokongan semangat kepadanya untuk meneruskan kehidupannya sambil membesarkan anaknya itu. Tambahnya, Zahid berharap agar hubungan kekeluargaan kedua pihak tidak terputus sampai bila bila.

Jelas Zahid hal penceraian ini adalah sangat peribadi kepada dirinya dan isteri, dia tidak dapat memberi sebab utama penceraian kerana baginya apa jua masalah biarlah dia dan bekas isteri menyelesaikan sendiri. Jangan lupa like dan share artikel ini sekiranya ia bermanfaat buat anda. Terima kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*