Datin Shahida Kongsi Video Sedang Mengajar 3 Anaknya Hafaz Al-quran, MasyaAllah!

Bila suami sibuk mencari nafkah dan tidak berpeluang memantau aktiviti anak-anak, kaum ibulah yang bertanggungjawab menjaga kebajikan mereka di rumah. Menyedari kekangan masa suami yang sibuk dengan urusan perniagaan, sebagai isteri dan juga ibu … Datin Seri Shahida perlu memastikan kelima-lima anak dididik dengan sebaik-baiknya.

Meskipun secara luaran, isteri Datuk Seri Aliff Syukri ini penuh dengan sifat keibuan dan kelembutan… hakikatnya apabila menyentuh soal pembelajaran anak-anak, Ketua Pegawai Operasi D’herbs Holdings Malaysia Sdn Bhd ini boleh bertukar sikap menjadi seorang ibu yang sangat tegas. Iyalah, kalau tak tegas anak-anak tak serius pula hendak belajar.

Dalam satu video yang dimuatnaik Datin Seri Shahida di laman Instagram, kelihatan bekas kumpulan nasyid Solehah ini sedang mengajar tiga anaknya iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El-Zahra dan Ibrahim Adham menghafaz surah Al-Quran.

Kongsinya, “Kadang-kadang bila sibuk kerja balik malam selalu tak sempat nak check hafazan budak-budak bertiga ni. Kita sibuk dorang pun sibuk juga. Banyak nau urusan dia. Saya bab-bab begini memang agak garang sikit dengan anak-anak. Sebab dorang ni kalua tak pantau 24 jam main. Tak tidur pun tak apa. Kalau suruh mengaji liat sampai dah jadi tarzan baru muncul kat depan kita.”

Sambil tekun mendengar bacaan anak-anak, kedengaran Datin Seri Shahida membetulkan bacaan mereka. Siap bertegas mahu mendenda anak-anak jika tidak hafal atau silap baca!

Menjawab pertanyaan salah seorang peminat di Instagram, Datin Seri Shahida mengakui turut mendapatkan khidmat ustaz untuk memantapkan lagi bacaan Al-Quran anak-anak. “Memang dah ada ustaz datang ajar mengaji di rumah hari-hari. Cuma sebagai mak ayah ni tak boleh harap ustaz semata-mata,” jawabnya ringkas.

Murninya hati seorang ibu yang sanggup melupakan lelah setelah seharian bekerja semata-mata untuk memastikan anak-anak tidak terlepas mengejar bekalan akhirat. Memang itulah yang sepatutnya menjadi amalan semua ibu. Moga-moga setiap perkongsian Datin Seri Shahida memberi manfaat kepada seluruh kaum wanita agar dapat membentuk keluarga bahagia dan diredai Allah SWT.

[VIDEO] 5 Hal Tentang Datin Seri Nur Shahida Yang Ramai Tak Tahu

1. Model Iklan Sunsilk

Masih ingatkah lagi kepada gadis ayu yang muncul dalam iklan syampu berlatarbelakangkan perpustakaan? Perkenalan Shahida dan Aliff bermula ketika sama-sama menjadi model Sunsilk. Dua tahun menjalin hubungan cinta akhirnya mereka diijab kabulkan sebagai suami isteri.

 

2. Rakan Baik Bienda

Shahida merupaka bekas anggota kumpulan nasyid Solehah. Fakta ini ramai yang tahu, namun ada sesuatu yang anda tak tahu adalah beliau pernah bergabung dengan penyanyi Bienda.

Shahida yang agak lama menyepi, tiba-tiba muncul kembali bersama anggota asal Solehah, penyanyi popular Bienda, Wan dan Shireen dan menamakan kumpulan mereka sebagai Bienda & Friends.

3. Suka Masak Churos dan Spageti

Selain hidangan masakan kampung, Shahida juga gemar memasak churos, spageti dan juga kek. [Hangat.com] Dari laporan Sinar Harian, Walaupun sekadar amatur namun dia amat berpuas hati kerana dapat menyediakan hidangan untuk dinikmati seisi keluarga.

4. Rapat Dengan Ibu Mentua

Salah satu cara untuk mengurangkan rasa stress, Shahidah suka meminta nasihat dengan ibu mentua iaitu Rozita Ibrahim, pengasas Sendayu Tinggi Corporation. Shahida akui ibu mentua merupakan sumber inspirasi.

 

5. Pernah Terlibat Dalam Pembikinan Album

Ketika bersama dengan kumpulan Bienda & Friends, antara lagu-lagu yang didendangkan dalam persembahan mereka termasuklah lagu-lagu Solehah dan Bienda yang lalu seperti Nikmat Allah, Hadis Rasullullah, Rukun Iman dan Rukun Islam, Penantian serta Renungkanlah.

 

Sumber : hangat.com & nona.my

Sumber foto : Instagram shahidadherbs via Sweet Nutella