Anak Dapat 5A UPSR, Aidid Marcello Ke Tanah Suci Tunai Umrah

Selebriti tampan, Aidid Marcello berkongsi khabar gembira mengenai kejayaan anaknya, Nailina Marcello yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan semalam.

Aidid juga dalam masa sama berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah bersama isterinya, Norzie Pak Wan Chek dan anaknya itu.

“Tiada apa yang lebih berharga bila rezeki dipanggil untuk ke Tanah Suci kali ini dapat bersama isteri dan anak dara saya

“Alhamdulillah @nailinamarcello 5A1B UPSR, bolehlah minta doa seterusnya di depan Kaabah insya-Allah.

“Bestnya rasa macam impian jadi kenyataan sebab dah lama dah doa utk kesana bersama isteri…

“Insya-Allah saya akan kongsikan info dan tips apa sahaja yang saya ada ketika di sana nanti,” tulisnya menerusi entri di Instagram

Kejayaan Nailina itu membuka peluang untuk gadis itu melanjutkan pengajian di salah sebuah sekolah berasrama penuh popular di Malaysia.

Malah, sekolah itu juga menjadi alma mater ibunya ketika di bersekolah menengah dahulu.

Tahniah kami ucapkan kepada Nailina dan selamat mengerjakan ibadah umrah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BI
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeautifulInara

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*