Anak Tak Sengaja Pecahkan Pasu, Terus Kantoi Bapa Sorok Duit Simpanan Selama 13 Tahun

Satu insiden yang berlaku akhirnya telah merungkai rahsia seorang bapa yang disimpan bertahun lamanya. Rahsia tu melibatkan duit pulak tu! Menurut WORLD OF BUZZ, kejadian tu berlaku dekat Guangxi, China baru-baru ni dan seluruh keluarga menganggap ianya sesuatu yang kelakar.

Anak perempuan pasangan tersebut memang dah biasa buat senaman ringan dekat ruang tamu rumah mereka. Masa kejadian tu, ibunya berada dalam bilik, baru bangun tidur. Tiba-tiba anaknya tu tanpa sengaja dah pecahkan pasu besar dekat ruang tamu.

“Saya tengah duduk dalam bilik tidur dan tiba-tiba, saya dengar bunyi yang kuat datang dari ruang tamu. Saya terus turun dari katil dan berlari keluar bilik. Saya nampak pasu yang dah pecah dan duit yang banyak.

“Saya mesej suami dan minta dia pulang. Ekpresi muka dia berubah sebaik saja dia masuk dalam rumah,” kata si isteri.


Bukan tu je, menurut si isteri dia habiskan masa pagi tu untuk kira duit dan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 5,000 Yuan (lebih kurang RM3,000). Rupanya, kantoi suami dia simpan duit dekat dalam pasu tu selama 13 tahun, bermula pada 2006 waktu mereka baru saja beli rumah tersebut.

Tapi, walaupun dah terbongkar rahsia, dia tak marah pun dan terus cerita hal yang sebenar dekat isteri. Dan isteri bukan saja tak marah, tapi dia rasa apa yang berlaku tu kelakar.
Walaupun dah kumpul duit lebih 10 tahun, dia cuma dapat simpan beberapa ribu Yuan je, kelakar!”
Haha sempat lagi dia perli suami dia eh!

Korang ada simpan duit dekat tempat rahsia yang suami/isteri korang tak tahu? Jangan sampai kantoi pulak haha.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Wob via LobakMerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*