Datin Alyah Beraya Tanpa Suami? Ini Respon Padu Beliau Pada Netizen Mulut Laser

Datin Alyah tidak pernah putus menerima komen yang negatif berkaitan hidupnya dengan suami tercinta iaitu Datuk Ramli MS. Terbaru beliau mendapat komen berbaur sinis dari pengguna media sosial di instagram yang mana seakan tidak sensitif terhadap komen yang dilontarkan.

Gambar bercuti Alyah sewaktu menyambut raya

Kisahnya bermula apabila penyanyi yang popular dengan lagu Jutaan Purnama yang bercuti panjang sempena raya memuat naik sekeping foto menerusi Instagram miliknya untuk dikongsikan kepada peminat, baru-baru ini.

Menerusi foto berkenaan, Alyah dilihat sedang posing di dalam kereta lengkap mengenakan kaca mata ‘0versize’.

Selfie dengan cermin mata ‘oversize’

Dengan caption ringkas, “My iPhone is back,” lantas dalam ramai yang memuji penampilannya, terdapat satu komen yang seakan mengundang kerana Alyah tidak mampu untuk berkongsi foto raya bersama suaminya, sebagaimana pasangan suami isteri yang lain. Hal ini sudah cukup untuk mengudang pandangan serong netizen yang tidak menjaga sensitiviti peribadi.

Selain itu, individu akaun tersebut yang dikenali sebagai ohnyiormuda turut menempelak Alyah kerana didakwa berkahwin dengan lelaki berkenaan atas dasar harta semata.

 

Namun Alyah tetap positif dengan perkara tersebut yang mana dilihat meninggalkan respon terhadap komen yang diberikan dengan penuh sopan dan adab.

“FATEHAH ya ALLAH SWT aku serahkan kepadamu hidup dan matiku.Dan sesungguhnya jika insan ini amat sakit hatinya dan iri hatinya terhadapku.Maka hanya dgn kepadamu aku bermohon.Berilah dia jalan kembali kepadamu sesungguhnya aku tidak menyalahkannya kerna Aku tahu semua ini dtgnya darimu ya Allah swt….semoga Aku kuat berjalan ke arah mu.semoga aku tabah menghadapi insan insan yg hitam hatinya….ALLAH HUAKBAR”..Tulisan balasnya

Kongsi Ayah, dia memohon kepada Allah SWT agar terus tabah dalam menghadapi insan yang hitam hatinya.
Sedikit latar belakang berkenaan Datin Noor Hasliah Abu Hasan atau lebih dikenali sebagai Alyah merupakan seorang penyanyi pop wanita Malaysia yang bergiat aktif dalam dunia seni sejak tahun 2000 ketika beliau berusia 19 tahun, namun namanya mula meniti di bibir peminat pada tahun 2008 menerusi lagu hits Tak Mungkin Kerana Sayang ciptaan Ajai dan Habsah Hassan. Bakat Alyah dikesan menerusi pertandingan Bintang HMI 2000 anjuran Radio Televisyen Malaysia yang menobatkan beliau sebagai juara.

Terdahulu, bintang asal Gelang Patah, Johor ini mendirikan rumah tangga bersama maestro muzik terkenal itu lebih enam tahun lalu, bagaimanapun sehingga kini, pasangan tersebut masih belum menerima rezeki zuriat. Doakan kebahagian buat mereka. Jangan lupa share artikel ini sekiranya ia bermanfaat buat anda. Terima kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*