Tak lupa anniversary, suami Gigih main kutu untuk hadiahkan isteri gelang emas

Bagi pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga, terdapat segelintir suami terlupa dan tidak ambil kisah mengenai ulang tahun perkahwinan masing-masing.

Namun lain pula bagi seorang pengguna Facebook, Mohd Fadli Salleh yang nekad mahu menghadiahkan isterinya, Azura Abdullah Sabawi seutas gelang emas sempena ulang tahun perkahwinan mereka bulan ini.

Menerusi laman Facebook, bapa kepada seorang anak itu mengambil keputusan untuk bermain kutu bersama rakan-rakannya bagi menjayakan ‘misi’ tersebut.

Sebelum itu, Fadli sudah membeli gelang emas Pandora bagi isterinya namun wanita itu berhasrat akan memakainya apabila anak mereka besar kelak.

“Bang. Kalau kita trade in gelang tu kemudian ambil gelang lain okey ke tak?” – isteri.

Mohd Fadli Salleh is with Azura Abdullah Sabawi.4 June at 19:05.

Aku perasan, gelang emas pandora yang aku belikan pada puan isteri tahun lepas, jarang dia pakai. Aku pun tanya lah,”Kenapa jarang pakai gelang tu?””Gelang tu nanti saya pakai bila anak dah besar sikit. Saya suka gelang tu. Tapi susah bila anak kecil ni. Boleh luka anak pula,” balas puan isteri.Aku angguk je lah. Dah dia kata gitu. Sampai satu masa, puan isteri ada bertanya, “Bang. Kalau kita trade in gelang tu kemudian ambil gelang lain okey ke tak?”

“Terpulanglah. Abang tak kisah. Tapi bukan awak suka gelang tu ke?” tanya aku balik.
“Suka tu memang suka. Tapi dah jarang pakai. Baik tukar yang lain.Nantilah saya simpan duit sikit-sikit. Ada rezeki saya tukar lain bang ya.Tukar yang selesa pakai sikit,”balas puan isteri.Aku angguk kepala sahajalah. Nak kata apa.

Nak bayar sedebuk sesak juga. Maka aku main kutu…

Namun sejak dari itu aku dah set nak kena hadiahkan dia satu hat baru ni. Tambah-tambah anniversary kami bulan Jun.Nak bayar sedebuk sesak juga. Maka aku main kutu.Hihi.
Ya main kutu dengan kawan-kawan Fb. 4 slot aku ambil setiap bulan tau dengan dua orang berbeza. Satu slot RM100 ja.

Bukan kutu kategori orang ada-ada. Ni kutu kategori rakyat marhein ja. Punya la merancang nak bagi hadiah kat isteri sampai main kutu.Hari ini aku ajak puan isteri pergi redeem baucher BATA. Beli kasut untuk anak-anak kata aku. Untuk dia pun dapat sekali.

Bersinar mata puan isteri bila…

Keluar dari kedai BATA aku tarik masuk Kedai Emas Hj Yunus ni. Kedai ni la aku selalu bawa puan isteri biasanya. Banyak pilihan dan harga berpatutan. “Eh nak ke mana ni bang?” tanya isteri bila aku tarik ke kedai emas. Mulut dah senyum simpul dah. Ah perempuan. Gitu la deme nih. Buat-buat tak
tahu kan?”Meh la tengok-tengok gelang. Cari yang selesa awak pakai,” ujarku.

Bersinar mata puan isteri.Aku lepaskan dia pergi memilih mana yang dia berkenan. Bila nampak susah dia nak pilih sebab ada bby Ali atas dukung, anak aku dukung pula.Ha, pergi la pilih dengan bebas Usai memilih dia panggil aku. “Bang, yang pattern jagung ni cantik juga kan?” Aku angguk kepala dan mengiyakan.

“Tak payah tolak Pandora tu. Ambil je yang baru ni” – suami.

“Kak. Kalau saya tolak gelang ini tukar dengan hat tu berapa kena tambah?” tanya puan isteri pada tuan kedai.Baru tuan kedai nak pegang gelang emas puan isteri, aku cakap, “Tak payah tolak hat ni. Simpan. Pakai sesekali. Lagi pun cantik pattern
pandora tu. Ambil je yang baru ni. Abang hadiahkan sempena anniversary nanti,” kataku pada puan isteri.

Puan isteri pandang aku dengan terharu. Dia genggam tangan aku dan tanya, “Tak apa ke? Abang ada duit ke?” “Ada. Abang dah sediakan lama dah untuk awak,” balasku. Tuan kedai memerhati drama ini dalam senyuman. Nasib baik bulan puasa. Dalam kedai orang pula. Kalau takkkk… Haha.

Sumber : Mohd Fadli Salleh

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*