Doktor Ini Berikan 5 Sebab Penting Kenapa ISTERI Perlu Cukup Tidur

Dengan mebaca tajuknya sahaja dah cukup untuk membuatkan semua pembaca wanita yang bergelar isteri akan menyokong sokong kata-kata doktor ni. Apa yang paling meenarik dan paling penting adalah perkongsian yang disertakan disertakan dengan fakta sekali.

Dari pagi membawa ke lewat petang bekerja kemudian sambung pula tugas di rumah jadi seharusnya masa rehat untuk isteri perlu lebih bagi memberi ruang rehat yang sepatutnya. Semoga perkongsian dari Dr. Taufiq Razif membuatkan para suami hadam dan mengambil berat tentang pentingnya kesihatan isteri. Di bawah adalah perkongsian beliau di laman facebook miliknya:

Luangkan masa agar isteri berasa lebih segar

“5 SEBAB KENAPA SAYA TAK NAK ISTERI SAYA TAK CUKUP TIDUR”

Semalam saya biar je isteri saya tidur dulu. Saya pula yang ambil giliran tidurkan anak-anak.
Ada 5 sebab kenapa saya taknak isteri saya selalu tidur lambat dan tak cukup tidur :

1. SAYA KAN NAK ISTERI SAYA KEKAL RAMPING

Saya tahu kalau selalu tidur lambat ni akan membuatkan isteri saya gemuk (obesity). Ada kajian pada tahun 2004 mengatakan mereka yang tidur kurang daripada 6 jam lebih berisiko untuk gemuk dibandingkan mereka yang tidur lebih daripada 6 jam.

2. SAYA KAN NAK ISTERI SAYA CANTIK MACAM BIDADARI DI DEPAN MATA SAYA

Saya tahu tak cukup tidur hanya akan membuatkan hormon cortisol ( stress hormone ) dalam badan dia makin banyak. Cortisol ni akan break down kolagen pada kulit tau. Makin cepat kurang kolagen, makin tak elastic dan tak mulus la kulit isteri saya. Bahasa mudahnya adalah, MAKIN CEPAT TUA! Aduh!

3. SAYA JUGA TAK NAK ISTERI SAYA PELUPA

Saya sangat perlukan seorang isteri yang boleh ingatkan saya ketika saya terlupa. Kalau dua-dua pelupa memang kucar kacir rumahtangga. Tahu tak, tak cukup tidur ni boleh buatkan seseorang tu jadi pelupa? Longterm memory otak lebih mudah terbentuk pada level tidur yang paling dalam sekali. Kalau kurang tidur, kucar kacir la sistem memori tu.

4. SAYA TAK NAK ISTERI SAYA STRESS, DEPRESI DAN MENGALAMI MOOD DISORDER

Saya tahu biasanya orang ada penyakit depression dan anxiety ni biasanya tidur kurang daripada 6 jam sehari. Saya nak mood isteri saya stabil dan bahagia kerana saya percaya mood bahagia isteri saya akan mempengaruhi mood saya dan anak-anak juga.

5. SAYA TAK NAK ISTERI SAYA SAKIT-SAKIT

Ambil serta tanggungjawab menjaga anak

Kekurangan tidur yang melampau dan berpanjangan boleh menyebabkan penyakit yang sangat fatal antaranya :

  • Serangan jantung.
  • Risiko nak kena darah tinggi meningkat.
  • Risiko nak kena kencing manis meningkat.
  • Sistem imun pun jadi makin lemah.

Jadi saya pesan sangat kepada diri sendiri dan para suami semua, tengok tengokkanlah kualiti tidur isteri kita ye terutamanya yang ada anak kecil. Tak salah pun bergilir jaga anak kan.

Kesimpulannya, waktu rehat bagi si isteri amatlah penting dalam seharian mereka dan perlu dititik beratkan oleh para suami. Hal ini bagi memastikan warga isteri tidak terjerumus ke dalam sakit-sakit kritikal seperti dikongsikan di atas. Mereka perlukan waktu tidur yang cukup untuk menghadapi aktiviti rutin. Jangan lupa share artikel ini sekiranya ia bermanfaat buat anda. Terima kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*