Rokok Elektronik Membahayakan! Perokok Elektronik Berisiko Berdepan Masalah Ini. Jom Ikuti Kajian Yang Telah Dijalankan

Jelas satu kajian di Amerika Syarikat (AS) bahawa pengguna rokok elektronik boleh memberi risiko kepada masalah jantung. Antara jumlah pengguna yang mengalami serangan jantung 34 peratus lebih tinggi berbanding mereka yang tidak mengguna rokok elektronik itu.

Umur, jantina, BMI (Indeks Jisim badan), tahap kolesterol, tekanan darah dan pengguna tembakau merupakan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam mendapatkan keperincian penentuan masalah ini.

Selain itu, pengguna rokok elektronik ini juga dianggarkan 25 peratus berisiko mempunyai masalah utama jantung dan 55 peratus pula berdepan dengan kemurungan, jelas kajian berkenaan lagi.

Menurut pembantu profesor di Fakulti Perubatan, Universiti Kansas iaitu Mohinder Vindhyal, berkata:

“Sehingga kini, maklumat amat terhad mengenai berlakunya masalah kardiovaskular berkaitan dengan rokok elektronik.

“Data yang diperolehi merupakan satu peringatan dan perlu bertindak serta memberi kesedaran tentang bahayanya rokok elektronik ini.

“Saya tidak mahu pesakit-pesakit atau ahli keluarga menghisap vape,” jelasnya.

Bagaimanapun kajian mengenai pengguna vape masih lagi peringkat awal dan laporan tidak mendedahkan bagaimana punca dan kesan berkaitan dengan kajian itu memandangkan ia masih lagi baharu di pasaran AS lebih kurang sedekad.

Trend bermain dengan asap rokok elektronik

Pihak berkuasa kesihatan di AS juga memantau peningkatan penggunaan rokok elektronik menggunakan bateri dan menyedut cecair nikotin yang mempunyai pelbagai perasa buah-buahan. Rokok elektronik ini tidak mengandungi produk penyebab kanser seperti mana yang terdapat dalam tembakau.

Antara perasa rokok elektronik yang ada di pasaran

Akan tetapi, di samping kesan ketagihan yang berkaitan nikotin, pakar kesihatan awam lebih memberi tumpuan kepada kesan pemanasan kartrij cecair nikotin ketika mengguna pada suhu tinggi.

Para penyelidik mengkaji respon hampir 100,000 orang pada tahun 2014, 2016 dan 2017 untuk kajian yang dibentangkan di American College of Cardiology. Kajian bagi permulaan ini tidak boleh dikatakan vape menyebabkan masalah jantung, atau mencadangkan mekanisme biologi bagaimana ini boleh berlaku. Jadi kajian jangka panjang pengguna-pengguna vape diperlukan untuk mencapai jawapan yang lebih tepat. Jangan lupa share artikel ini sekiranya ia bermanfaat buat anda. Terima kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*