Bosan Asyik Pose Sama Je Untuk OOTD Korang? Try 5 Cara Mudah Ambik Gambar Insta-Worthy Ni Pulak!

Kalau tak berdiri tegak, mesti silang kaki tambah dengan pandang tempat lain. Itu jelah pose yang korang buat tiap kali ambik gambar. Ha kalau nak advance nak nampak free style sikit, buat peace. Betul tak? Lepas baca artikel ni, sure gambar-gambar korang jadi extra cantik!

Ada banyak cara baru yang korang boleh cuba tau. Semuanya mudah dan mesti korang tak sangka yang trick-trick macam tu boleh dibuat dan tak perlu bantuan profesional pun!

Pusing-pusing la handphone tu sikit. Bukan tegak je!

Korang kenalah kreatif sikit. Cari angle-angle yang tak konvensional. Jangan la asyik dari depan je. Cuba ambik dari tepi atau bawah ke. Menarik tau hasil dia! Terus nampak lain gambar tu.

Bayang-bayang pun boleh jadi menarik tau!

Bayang-bayang pun boleh jadikan gambar korang cool! Macam kat atas ni. Korang jangan ingat bayang-bayang tu pengacau gambar je. Dengan teknik yang betul, gambar tu boleh jadi lain dari yang lain!

Cuba teknik close-up pula. Jauh-jauh tak nampak muka cantik korang!

Selain OOTD, korang juga boleh sekali sekala ambik gambar portait. Tunjuk sikit muka korang tu. Bukan dengan selfie tapi dengan teknik potrait agar wajah korang nampak lagi detail dan menceritakan mood yang berbeza dari selfie.

Cara “leading line” ni kena sangat dengan kawasan yang luas!

Teknik leading line sebenarnya membantu audience untuk melihat gambar dari arah yang betul. Macam gambar di atas ni, jurugambar mengunakan line di atas jalan untuk menunjukkan jalan yang lurus. Jadi audiences akan tahu yang mereka perlu lihat gambar tersebut dari arah bawah.

Samakan kira kanan tu dulu baru ambik gambar!

Jangan main tangkap je gambar tu. Mesti tak cantik. Korang kena samakan dulu kiri dan kanan. Jika ada subjek, pastikan ia terletak betul-betul di tengah. Nak lagi senang on je grid dekat handphone.Korang pasti tak akan kecewa dengan hasilnya!

Lagi cantik kalau korang print gambar tu guna Canon Mini Printer ni!

Ada tiga warna yang korang boleh pilih iaitu Rose Gold, Mint Green dan State Grey. Semuanya cantik. Yang paling penting, ianya bersaiz poket! Korang boleh customize gambar dulu baru print. Gambar kolaj boleh dicetak sehinga 4 gambar! Best kan?!!

Masa belajar memang banyak memori. Jadi, printer ni memang sangat sesuai untuk korang tulis caption atau apa jenis text pun kat gambar sebelum print.

Bukan je text, sticker, frame dan filter pun ada banyak yang korang boleh pilih!

Selain itu, printer ini juga sesuai untuk digunakan di acara tau. Time tu ambik gambar, time tu jugak korang boleh print gambar! Disebabkan printer ni portable, jadi dua tiga orang boleh ditugaskan untuk jalan di acara dan ambil gambar.

Ibu-ibu yang suka tangkap gambar baby untuk diletakkan dalam album tu mesti seronok kalau dapat Canon Mini Printer ni!

Memang lain dari yang lain lah mini printer ni! Boleh send guna bluetooth je!

Selain gambar dalam gallery, korang juga boleh print gambar dari mana-mana media sosial asalkan ia disambungkan.

Untuk print korang kena guna zink paper yang diberikan sekali bila korang beli Canon Mini Printerni! Selain zink paper, micro USB charging cable juga didatangkan sekali bersama printer comel ni. Kalau tengah cari hadiah nak kasi kat orang, Canon Mini Printer ni memang hadiah yang sangat sesuai!

Jom abadikan kenangan dengan Canon Mini Printer! Untuk maklumat lanjut korang boleh klik kat sini!

kredit;oh!bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*