Ibu Muda Ini Berikan Tips Mudah Bawa Si Kecil Ke Rumah Terbuka Untuk Beraya Supaya Baby Tenang, Gembira & Sihat.

Sememangnya di Malaysia raya disambut sepanjang bulan Syawal di mana rumah terbuka akan diadakan pada setiap hari sepanjang bulan. Banyak jemputan saudara mara, kawan kawan dan company untuk di penuhi. Raya adalah waktu untuk berkumpul dan mengeratkan silaturahim tak kira bangsa dan agama. Waktu ni lah hubungan semakin erat- TETAPI waktu nilah mak mak kena waspada dengan sikecil mereka.

Biasalah baby ni memang semua comel comel dengan karenah cilik tu memang geram. Baby memang akan di cium cium oleh semua orang. Tapi tahukah semua perbuatan mencium baby tu boleh sebarkan virus atau kuman bahaya kat baby. Yelah kadang kadang kita yang dewasa ni tengah demam/ selesema tapi yelah dah tengok baby comel mesti nak dicium peluk, kesian sikecil nanti akan menanggung sakit jugak.

Bila baby sakit, yang susahnya ibubapa la. Tak tidur malam berjaga, kerja pun kadang tak boleh nak buat bila hati ingat baby sakit kat rumah.

Pada anda yang single mingkin tak mengapa tapi biasalah sikecil ni tak macam kita dewasa- mereka memang immune system tak kuat, senang berjangkit. Dah bila baby terkena, mesti akan teruk symptomnya. Silap haribulan nanti beraya kat hospital pulak- mintak dijauhkan lah macam ni. Dah x syok raya macam tu.
Memang pening nak layan semua karenah tu. Belum kira orang nak peluk, nak dukung yang paling pening bila pandai pandai suap makanan. Tapi kita mak mak ni kena sediakan strategi bijak supaya senang nak raya dengan sikecil yang comel ni. Contohnya;

Pastikan baby anda tidur secukupnya

1. JAGA WAKTU TIDUR BABY

Mak mak kena pastikan waktu jaga and waktu tidur baby yang cukup sebelum keluar beraya. Bila baby dah merengek mengantuk nak tidur mak mak just call it a day! Kena lah tidurkan baby pada waktunya sebab nanti malam baby akan meragam sebab terlalu penat beraya.

Baby akan meragam apabila waktu tidurnya terganggu

2. REHAT YANG CUKUP

Mak mak ni jangan lah bila dah raya lepastu seronok sangat bila anak dapat duit raya lagi banyak rumah terbuka nak pergi. Mak kena ingat jugak baby kena rehat cukup tau.

3. HAND SANITIZER

Mak mak mesti selalu kena pastikan orang nak pegang baby tu guna hand sanitizer dulu oleh itu mak kena lah sediakan hand sanitizer selalu kat dalam bag – buat standby. Alaaa banyak sangat jual dekat drugstore, sekarang murah je. Mak sendiri pun bila dah jumpa ramai orang dah bersalaman semua kena lah guna hand sanitizer sebelum pegang baby ye.

Ni haa macam macam jenis sanitizer dijual, comel pulak tu senang gantung kat beg

4. DUKUNG BABY

Semua pun suka bila Nampak baby nak dukung nak ditimang timang tapi mak mak kena jaga jugak tak boleh sembarangan orang je dukung baby kita bukan apa sebab takut terlalu ramai dukung nanti baby tu akan anxious and tak tenang, macam mana nak raya banyak rumah terbuka lagi.

5. JANGAN CIUM BABY

Ini rasanya semua orang paling suka buat dan mak mak pun paling sukar nak tegur orang buat mcm tu. Walaupun orang tu Nampak sihat kat luar tapi still akan bawa kuman dan virus and senang sangat nak jangkit kat baby. Kuman and virus tu memang tak sakitkan orang dewasa tu tapi untuk baby yang belum kuat, memang senang nak berjangkit.

6. PAKAIAN SESUAI DENGAN CUACA

Negara kita ni cuaca memang panas sangat jadi kena pandai lah pilih pakaian untuk sikecil supaya mereka berasa selesa dan sentiasa tenang je. Kalua waktu siang yang terik tu, taka pa lah pakai baju yang nipis dan selesa. Bila cuaca sejuk hah pandai pandai lah mak pakai kan pakaian tebal dan berstokin ye.

7. JANGAN SUKAHATI SUAP MAKANAN

Haaaa ini memang paling pantang sekali. Jangan biarkan sesiapa suka suka suap makanan dekat sikecil sebab kita semua tahu makanan si kecil memang berbeza dengan kita yang dewasa ni. Satu lagi sikecil ni bila makan memang nak kena tengok takut nanti tercekik pulak, jadi berjaga jaga ye mak.

8. BEKALAN MAKANAN ANAK

Mak jangan seronok raya sampai lupa makanan sikecil ye, seeloknya prepare lah makanan dan bawa bekal sebab biasa sikecil ni dia makan ikut waktu kalua tak nanti meragam lah.

Pastikan juga bekal makanan baby sentiasa ada

9. JAUHI PEROKOK

Biasalah bila pergi tempat ramai orang ada juga yang merokok jadi kita ni sebagai mak kena jauhi baby kita kerana secondhand smoker adalah perkara yang teruk. Secondhand smoker tu maksudnya yang menghidu asap daripada perokok. Kalua boleh tegur si perokok supaya tidak merokok juga bagus.

Asap rokok sangat berbahaya buat baby

10. BUNYI BISING

Biasalah bulan syawal ni bunyi POP POP POP dimana mana, mercun ke Meriam ke memang kuat bunyi jadi sangatlah tak sesuai untuk baby, mak mak mesti jauhkan baby dpd bunyi kuat macam ni.
Beraya tu memang la seronok tapi jangan lah lupa kita ni ada baby so memang terbatas sikit lah pergerakan tu nak kemana mana. Bukan nya raya je nak eratkan silaturahim, banyak lagi peluang lain cumanya kena plan dengan bijak and prioritize la mana tempat nak beraya.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ye. Semoga dapat raya dengan seronok dan sikecil pun gembira, tenang dan selesa sepanjang raya! Till next time, see you when I see you! Jangan lupa share artikel ini sekiranya ia bermanfaat buat anda. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*