Ibu Anak 3 Kongsi TIPS Dapat Badan Bak Anak Dara Dalam Masa 7 Bulan, Turun 16 KG!

Masalah utama kaum wanita apabila sudah beranak pinak adalah untuk mengekalkan berat badan yang langsing. Keluhan biasa didengar adalah kesukaran untuk mendapatkan kembali berat badan dan bentuk tubuh seperti zaman anak dara dahulu kala.

Meskipun begitu, ianya adalah bukan satu hal yang mustahil dan penghalang untuk dilakukan. Ia telah dibuktikan oleh seorang pengguna maya dikenali Ayu Zule di laman facebook. Dia berazam mendapatkan kembali berat badan zaman anak daranya, Ayu mengambil masa lebih kurang 7 bulan untuk mencapai misinya. Dari 66kg Ayu kini puas hati memperoleh kembali berat zaman anak daranya iaitu 49 kg.

BERAT ZAMAN ANAK DARA TERCAPAI!

Fighting for my “anak dara” weight was achieved. 16kg lost, frAom 66kg to 49-50kg. Journey ni mengambil masa lebih kurang 7 bulan.
Saya start September 2017 (lepas raya) sehingga Mac 2018. Alhamdulillah. Jaga pemakanan dgn eatclean menu dan exercise 80% jg pemakanan dan 20% dari exercise.

Perbandingan Ayu dahulu dan sekarang

Bila sebut diet je mesti org ingt tahan lapar, kena berlapar, makan sikit je. Diet bukan bermaksud berlapar cuma kena kawal portion dan pilih makanan yg diambil dengan betul dan melatih diri dan badan kita utk amalkan pemakanan yg sihat. Diet yg bagus yg menurunkan berat badan secara perlahan- lahan.

Di sini sy share sebahagian dari menu yg sy mkn sepanjang weight loss journey ni. Tak semua menu sempat saya amik gambar, yang mana sempat saja. 90% menu semua sy masak, gi keje bawa bekal.

Bentuk badan yang langsing bak anak dara

Saya share serba sedikit pengalaman yg tidak seberapa ini. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah SWT dan yang kurang itu daripada kelemahan saya sendiri. Yang baik blh amik ye utk kwn2 yg tgh fighting utk turunkan berat badan, yg ingin menukar corak pemakanan yg lebih sihat dan menukar gaya hidup ke arah healthy lifestyle. Lain org, lain cara, lain pendapat, dan lain pendirian kan. So kita hormati setiap dr mereka…

Masakan yg sy masak simple2 je memandangkan sy mama beranak 3 faham2 la yer kesibukannya macamane kan. Sy biasa masak menu yg snng & spt grill, rebus, singgang, dan bakar (kadang-kadang mkn jgk ikan goreng jika tiada pilihan) kalau perlu guna 1 sudu kecil olive oil saja.

Tapi kalau takde, guna je ape yg ada janji portion kena jaga, bersederhana org kata. Tanpa gula putih, sy pakai garam himalayan rock salt tanpa ajinomoto atau ape2 kiub.

BREAKFAST

Biasa sy amik smoothie (blend fresh milk 100ml, air masak 300ml, rolled oat 3 sudu kecil & buah2 pilihan) @ telur separuh masak @ roti wholemeal bakar. Letak cheese ke tuna ke brgntung pd bhn yg ada dan selera pd hari tu.

Antara sarapan diamalkan Ayu waktu pagi

LUNCH

Biasa sy amik brown rice segenggam kita ye, bukan segenggam hulk. kadang-kadang mkn jgk nasi putih, 1 kali sehari je pakai formula #sukusukuseparuh, suku karbo, suku protein dan separuh serat. Biasa sy amik nasi waktu lunch atau dinner tukar.

Kalau lunch dah amik nasi, untuk dinner sy cuma amik protein,sayur & buah & gitula sebaliknya. Kalau pd hari-hari yg saya tak boleh control nasi, masak pulak lauk yg sedap utk suami n anak, sy tukar dgn sumber karbo lain mcm ubi manis, ubi kentang ke, roti wholemeal ke. Boleh tukar ikut selera kita.

Kuantiti makanan yang seimbang

Sebabnya, bila tgk lauk sedap, nasi tak ckup segenggam ni ha, segenggam hulk juga sis makan nanti. Sama jugak time ada jamuan dekat opis, kenduri ke, sy cuma mkn lauk saja sbb dia punya lauk tu kan dah byk kalori mkn plak dgn nasi confirm la bertambah itu yg sy risau.
Terbabas ke laut dalam tu mesti ada, tipula kalau saya kata tak penah terbabas ye dok. Menu saya ni pun ada jgk yg tak berapa nak clean, tak dela strict sgt, tp bolehla ikut badan & tekak masing-masing dan yg paling penting ikut keperluan kalori badan, berapa kalori yg patut kt mkn sehari utk turunkan berat badan, untuk maintain dan sbgnya.

DINNER

Biasa sy dinner sebelum pkul 8 wajib tiap malam. Amik sup sayur bersama protein, buah. Kadang-kadang nasi mcm biasa pakai formula #sukusukuseparuh.

Sarapan malam tak boleh skip

SNACKING

Amalkan ‘snacking’

Snacking adalah wajib diantara main meal. Contoh biasa sy amik snacking pkul 10 pagi dan 3 petang. Contoh snacking saya amik ialah buah, kekacang, plain yogurt.

DESSERT

Untuk dessert tak wajib amik pun, tapi bila saya craving nak mkn aiskrim ke, benda-benda manis saya makan plain yogurt dgn buah. Perghhh, sedap weh tapi bukan hari-hari ye. Craving nk minum minuman manis biasa sy buat honey lemon ais juga bukan hari-hari.

UNTUK EXERCISE

Saya buat jogging 3 kali seminggu sebelum masuk keje pagi dan zumba, kalau saya tak jog, saya akan zumba weekend Waktu malam saya tak gunakan utk exercise. Malam saya rehat, buat keje umah, ajar anak-anak keje sekolah and meal prep, waktu bersama kluarga.

CHEAT DAY

Hari yg saya cheat day baru saya amik menu yg saya craving tu. Saya diet tanpa apa-apa supplement, bukan anti supplement, cuma saya nak ajar diri saya utk diet secara sihat, jaga pemakanan, control portion dan exercise. Bukan utk sementara, tp klu blh smpai bila-bila.

Diet yg sihat sepatutnya buat kita bertenaga, happy, dan kenyang yang penting tanpa perlu berlapar. Tak semua org sama, saya buat apa yg sesuai utk badan saya dan saya enjoy. Menu-menu ni mungkin sesuai dgn sy, mungkin tak utk org lain.

Lain org, lain badan dan kemampuan, ikut kemampuan diri masing-masing, kenali tubuh badan anda. Saya hanya share ape yg menjadi untuk sy. Jika ia mendatangkan manfaat blh amik dan korang boleh alter, boleh tambah mengikut keperluan badan masing-masing.

Teruskan jaga pemakanan, exercise walaupun kita dah kurus & dah capai berat ideal. BMI pon dh normal, boroi dh takde, lutut dah tak sakit, peha dah tak bergesel, naik tangga tak mengah, bangun tido senang dan awal, sembelit pon dh xde, rasa lebih segar, muda dan happy.

Senang utk menguruskan aktiviti seharian, termasuk beribadat, rumahtangga, anak dan kerjaya jaga pemakanan ke arah yg lebih sihat sgt byk manfaat, saya pun masih belajar untuk konsisten jaga pemakanan utk lebih sihat, fit, dan yang paling win kurus itu BONUS Doakan sy !

Bagi yang nak tahu lagi tentang menu diet Ayu boleh follow instagram atau pun Facebook beliau. Resepi pun ada dikongsi sekali. Jangan lupa share artikel ini sekiranya ia bermanfaat buat anda. Terima kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*