Tinggalkan Je Kalau Lelaki Dah Tunjuk 3 Perangai Macam Ni

Mengenali seseorang yang kita suka adalah satu perkara yang amat mengembirakan. Untuk sesiapa pun akan merasa sebegini. Apatah lagi bila baru saja bertemu, anda sudah dapat rasakan keserasian dan cinta itu wujud dalam anda tidak sedar. Jenis lelaki yang anda anggap istimewa juga mempunyai perasaan yang sama seperti anda.

Mungkin itu perkara yang tidak akan pernah anda lupakan saat bertemu dengan lelai yang menjadi pujaan hati anda. Namun, tidak semua orang boleh menerima secara psikologi untuk menjadi sebahagian dalam sesuatu perhubungan yang sihat dengan seseorang.

Sekiranya anda mengalami dan berdepan dengan 3 perkara dibawah, sebaiknya anda tinggalkan saja sebelum ia menjadi racun dalam perhubungan dan perasaan anda. Jangan pernah mebazir air mata anda semata-mata mempertahankan jenis lelaki seperti itu. Kenali sikap lelaki seperti di bawah sebelum membuat keputusan:

1. SELALU MENGENANG KISAH SILAM

Adakah anda mempunyai pengalaman ketika bertemu janji dengan seseorang buat kali pertama, namun kesudahannya, lelaki tersebut menghabiskan masanya dengan menceritakan kisah silam dan rasa kecewanya dengan wanita yang sebelumnya kepada anda. Mungkin anda rasakan lelaki seperti ini merupakan lelaki yang terbaik dan boleh menyelamatkan anda. jawapannya adalah tidak sama sekali.

jenis lelaki yang bagus adalah lelaki yang tidak akan mengenang masa silamnya dengan bekas kekasih. Sebaliknya meluangkan masa dengan anda dengn berkongsi saat-saat indah bukannya mendengar kisah sedihnya yang sudah berlalu. Pertemuan yang telah dirancang semata-mata untuk mendengar kisahnya sajaha. Baik jauhkan saja diri anda dengan jenis lelaki seperti ini.

2. MELONTARKAN PERKATAAN TIDAK SENONOH

Pernahkah anda berjumpa dengan lelaki yang sentiasa mempemerkan kehebatan tentang dirinya sendiri. Lelaki seperti ini mudah menghantar gambar yang tidak sepatutnya kepada anda dan sering kali mengagumi dirinya. Lelaki seperti ini hanya ingin menjadikan anda sebagai objek seksualnya semata-mata.

Langkah pertama sebaiknya anda tinggalkan saja lelaki jenis sebegini. Bukan saja tidak sopan, malah lelaki seperti ini memiliki sikap yang kasar dan tidak menghormati orang lain. Sekiranya dia seorang lelaki yang baik, mungkin dia akan melindungi maruah anda bukannya memperlekehkan anda.

3. TERLALU BANYAK ALASAN

Apabila anda sudah yakin si dia merupakan pilihan anda yang tepat, namun disebabkan sikapnya yang suka tarik tali dalam perhubungan anda menjadikan ianya tersekat disitu. Setiap kali anda merancang untuk bertemu janji dengannya, sudah pasti akan dirosakkan dengan tangguhan secara last minute.

Malah, si dia sering kali membuat keputusan di saat-saat akhir sedangkan anda sudah menyediakan semua perkara. Sebaiknya tinggalkan lelaki seperti ini, kerana dia tidak pernah menganggap perasaan anda penting dan langsung tidak mengambil tahu akan usaha yang telah anda lakukan untuknya.

Jika anda tidak ingin menyesal di masa-masa yang mendatang, sebaiknya anda ucapkan saja selamat tinggal dengan lelaki yang mempunyai 3 sikap seperti di atas. jangan membuang masa anda menghabiskan masa melayan lelaki yang berberperangai sebegini. Berhati-hati dalam memilih pasangan hidup sebelum anda menyesalinya di kemudian hari. Jangan lupa share artikel ini sekiranya ia bermanfaat buat anda. Terima kasih.

Kredit: meecks

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*