Zulin Aziz Buka Pekung Didada Hilang Berat Badan 12 kg Hanya Dalam Masa 2 Bulan

Tidak lama dulu pelakon, Zulin Aziz ada memuat naik gambar perbezaan bentuk badannya di instagram. Memang terbukti nampak perbezaannya. Dulu gemuk, tapi sekarang tidak lagi apabila Zulin nampak lebih langsing dan cantik. Memang Zulin akui yang dia bersungguh-sungguh menguruskan badan sebab hendak mendirikan rumahtangga sebelum ini. Namun pelamin angannya musnah kerana tidak jadi berkahwin. Perancang Allah adalah lebih baik buatnya.

Pun begitu ada hikmah di sebaliknya apabila kini Zulin tampil lebih cantik dan menawan. Ketika menghubungi Zulin untuk mengetahui rahsia badannya kini lebih kurus, ini rahsianya:

Perbezaan Zulin dahulu dan sekarang

USAHA SELAMA 2 BULAN

Muay Thai menjadi pilihannya

Hilang 12 kg dalam tempoh dua bulan ialah satu kejayaan besar. Mengakui bukan mudah untuk berbuat demikian namun Zulin percaya semuanya boleh jika impian itu sudah terpahat dalam diri.

“Saya bermula dengan berat 82 kg. Selepas amalkan diet, berat saya tinggal 70 kg. Tak ada jalan singkat nak kurus. Saya amalkan rutin aktiviti fizikal di gimnasium.”

Jongging turut menjadi rutin

Menurut Zulin, dia pergi ke gimnasium sebanyak 4 kali seminggu. Latihan work out biasa dan juga muay tai atau boxing. Latihan ini diajarkan oleh jurulatih bertauliah di gimnasium.

“Kalau sibuk dengan shooting, saya tetap cari ruang untuk pergi ke gimnasium. Kalau tak dapat langsung pun, sekurang-kurangnya sekali seminggu. Kena pergi.”

KURANGKAN GULA

Menurut Zulin, perkara yang ditekankan oleh jurulatihnya ialah pengambilan gula. Ini kerana gula mudah buat seseorang itu jadi gemuk.

“Memang tak ambil gula langsung. Kena biasakan diri. Ketika awal-awal diet memang saya disiplin bab gula ni. Namun selepas dah semakin turun, jurulatih bagi ambil sikit. Dah terbiasa tak ambil gula, jadi tak ada rasa nak ambil pun.”

PENTINGNYA DIET DIPANTAU JURULATIH

Ada yang suka diet secara bersendirian. Ada juga yang suka diet bersama rakan-rakan. Namun Zulin memilih diet dipantau oleh jurulatih kecergasan yang turut memantau dietnya.

“Apabila ada trainner, ada orang yang ingatkan kita mengenai diet. Ada yang memantau. Kalau tanpa trainner, kena ingatkan diri sendiri. Kalau saya, nak ingatkan diri sendiri mengenai misi diet ni memang tak jalan. Jadi, saya pilih ada trainner untuk jadi lebih disiplin.

Jurulatih bukanlah terlalu bertegas. Ada cheat day yang saya dibenarkan untuk makan apa yang saya nak makan. Tapi bila dah terbiasa dengan pemakanan yang disuruh oleh trainner, pada hari cheat day pun kita dah tak nak makan sangat.” tambah Zulin lagi.

Wow.. Kagum sungguh dengan Zulin yang bersemangat bukan sekadar dapat badan lawa tetapi tubuh badan juga sihat. Semoga Zulin bertemu jodoh yang lagi baik buatnya. Jangan lupa share artikel ini sekiranya ia bermanfaat buat anda. Terima kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*