Almy Nadia bers4lin malam final Piala AFF Suzuki.

PELAKON, Datuk Fizz Fairuz dan isteri Datin Almy Nadia telah selamat menimang anak ketiga, malam Sabtu.

Khabar gembira itu diumumkan sendiri oleh Fizz Fairuz di Instagram miliknya.

Ini Video Suntikkan Semangat Sebelum Bini Beliau Bersalin kepada Skuad Harimau Malaya

Dalam perkongsian sama, Fizz turut berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan buat isterinya.

“Terima kasih atas semua yang mendoakan amin,” tulis Fizz di IG.

Isteri beliau bersalin dikatakan bersalin di hospital Columbia Asia Malaysia.

Ramai Doakan dan Gembira dengan khabar Ini

Tahniah Dato

Fizz dan isteri selamat mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata, Nur Afrina Arianna dan Nur Afirna Aurora serta anak angkat Nur Afrina Darwisya.

“Biarlah Almy macam itu, janji dia sihat” – Fizz Fairuz

Pelakon Datuk Fizz Fairuz enggan mengambil peduli kata-kata netizen mengenai bentuk badan isterinya, Datin Almy Nadia.

Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin, 39, berkata dia mahu isterinya itu mengamalkan sebarang diet dengan cara yang betul.

“Badan Amy memang naik sebab rangka dia besar. Sebelum kahwin berat dia dalam 52 kilogram dan masa pertama kali hamil berat dia jadi 98 kilogram.

“Bila nak turun tu ambil masa. Dia pernah mencuba kurus tapi saya kata tak payahlah. Kalau nak diet tu dengan cara yang betul.

“Kalau makan pil boleh kurus tapi nanti lemak berkumpul di jantung jadi bahaya. Biarlah macam ni, orang nak cakap apa pun janji dia sihat,” kata Fizz kepada mStar Online.

Fizz dan Almy bakal menerima kehadiran orang baharu tidak lama lagi.

Fizz ditemui ketika rakaman rumah terbuka Akademi Fantasia di Hotel Palace of Golden Horses, di sini pada Sabtu.

Tambah Fizz lagi, dia tidak akan mendesak Almy untuk menguruskan badannya kerana memahami wanita itu sibuk menguruskan anak-anak dan sedang hamil anak ketiga.

“Kalau kita desak, nanti dia pula tertekan. Nak jaga anak lagi, masa tak cukup. Saya nak mengambil pembantu rumah, dia tak nak.

“Takut orang pukul ke buat apa-apa ke. Dia nak jaga sendiri. Masa dia pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari menguruskan rumah. Selepas itu bersama anak-anak.

“Kalau dia nak turunkan berat badan, tunggu bayi ketiga lahir dahulu dan anak-anak dah besar sikit,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fizz memberitahu isterinya mengalami alahan kehamilan awal yang berbeza daripada sebelum ini.

Kata pelakon filem Ratu Kala Jengking ini, Almy menjadi seorang yang pemalas untuk berhias dan bersiap.

“Kehamilan kali ini memang berbeza daripada sebelum. Dia jadi malas nak bersiap dan berhias.

“Kalau sebelum ini, dia suka nak bersolek. Mungkin perubahan awal sebab kandungannya dia pun baru masuk enam minggu,” katanya.

Fizz dan Almy mengumumkan bakal menimang anak ketiga menerusi laman Instagramnya pada 2 Mei lalu.

Pasangan ini berkahwin Pasangan ini bernikah pada 26 April 2014.Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan Nur Afrina Arianna, 3 dan Nur Aurora, 2.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*