SAH! Inilah Pengesahan Ujian DNA Serpihan Tulang Berkaitan Kehilangan Acap

Pada 20 April lalu, serpihan tulang manusia telah ditemukan di Gua Kandu, Gopeng. Hasil ujian makmal telah mengesahkan bahawa serpihan yang dijumpai itu adalah bukan milik Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau dikenali sebagai Acap yang hilang sejak sekian lama.

Sehingga kini kehilangan Acap masih menjadi tanda tanya

Menurut Datuk Razarudin Husain iaitu Ketua Polis Perak, hasil laporan Jabatan Kimia Malaysia mendapati asid deoksiribonukleik iaitu DNA tulang yang dijumpai lalu tidak sepadan dengan DNA mana-mana ahli keluarga Acap.

“Hasil laporan yang diterima polis mendapati DNA tulang tersebut tidak sepadan dengan DNA ibu Acap, Siti Maznah Khamis serta abangnya, Mohammad Azlan.

“Melalui kaedah bedah siasat dan ujian DNA telah mengesahkan bahawa serpihan tulang itu bukan milik Acap,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, pemilik sebenar tulang tersebut gagal dikenal pasti melaui hasil semakan data DNA.

“DNA tulang tersebut tidak terdapat dalam data Jabatan Kimia Malaysia. Hasil analisa sampel tanah di lokasi penemuan menunjukkan warna tanah pada serpihan tulang dan lokasi penemuan adalah tidak sama.

“Ini mengesahkan serpihan tulang yang dijumpai tersebut adalah bukan berasal dari lokasi penemuan,” tambahnya lagi.

Polis menerima maklumat mengenai penemuan serpihan tulang manusia selepas 28 hari kehilangan Acap di Gua Kandu, Jalan Sungai Itek – Kampung Jahang. Acap merupakan peserta Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019.

Kenangan Acap dan isteri Hamizah Ramli

Acap yang berasal dari Muar, Johor ini disedari hilang pada 23 Mac lalu selepas dia tidak tiba di garisan penamat. Gua Kandu adalah antara kawasan tumpuan operasi pencarian pasukan penyelamat selepas dihentikan sepenuhnya pada 17 April lalu. Jangan lupa share artikel ini sekiranya ia bermanfaat buat anda. Terima kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*