[VIDEO] Inilah Punca Pengunduran Lee Chong Wei Dari Kancah Badminton. Sungguh Dramatik

Penuh dramatik dan dengan linangan air mata, Lee Chong Wei telah mengumumkan persaraan daripada kancah sukan badminton. “Terima kasih Malaysia.” Ujarnya.

Datuk Wira Lee Chong Wei, hari ini telah mengumumkan persaraannya sebagai seorang pemain badmintan profesional nombor satu negara selepas menempuhi pelbagai cabaran serta pencapaian sepanjang kariernya.

VIDEO PENGUMUMAN PENGUNDURAN LEE CHONG WEI

Datuk Lee Chong Wei telah membuat pengumuman ini menerusi sidang medianya pada pukul 12.30 tengahari tadi yang mana beliau telah menjelaskan bahawa ia adalah semata-mata kerana sudah tiba masa beliau menggantung raket dan juga menjaga tahap kesihatannya yang kita ketahui sebelum ini. Persaraanya ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa atau sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

PENGUMUMAN YANG TIDAK DIDUGA

Sidang media pengumuman persaraan

 

 

View this post on Instagram

 

Rakan sekalian, Selamat Hari Raya dan Salam sejahtera. Saya ingin meminta maaf Sebab saya sudah tidak mampu lagi bermain badminton untuk negara dan anda semua. Doktor menasihatkan saya bahawa risiko kanser kembali agak tinggi sekiranya saya berlatih dengan intensiti seperti dulu. Ya, Tokyo 2020 tidak kesampaian. Tetapi, saya rasa saya akan meninggalkan arena Badminton tanpa kekesalan. Dari kecil, impian saya memang nak mewakili nkegara ini. Dan rasanya, saya dah berjaya. Perasaan berdiri di podium, melihat bendera dinaikkan dan mendengar lagu Negaraku sememangnya akan dirindui. Jangan risau sangat atas pengunduran Diri Saya Kerana kita mempunyai Barisan pelapis Yang kuat. Saya yakin dia orang boleh! Terima kasih kawan kawan. Minta maaf atas mana mana Yang tak sempurna dalAm karier sukan saya. Dah tiba masa untuk kuda tua ini berehat. Terima kasih. ****** 大家好,我是李宗伟,几经挣扎我最终选择了挂拍,为我近20年在马来西亚国家队的羽毛球职业生涯,画上句点。 很抱歉让球迷们失望了,如果情况允许,我也想第五次站在奥运的赛场上,实现奥运金牌梦,如果身体可以我也想承载着国人的寄望,披着国旗继续前进,如果可以… 但,人生没有如果。 放下球拍这不是容易的决定,心里头满满的不舍,但决定了就好了。感谢教练、队友、羽总全体员工、物理治疗师、所有喜欢我的爱我的支持我的、看过我打球的、曾给我留言的朋友,谢谢你们,这一路上因为有你们,我才能是我。 很多朋友问我之后什么打算?除了好好休息,还有好多事情等着我去做,其中包括实现承诺,带我的老婆去度蜜月,结婚到现在讲到现在,终于有时间可以去做了,哈,有什么好地方推荐吗? 各位朋友,这一站我就先下车了,希望带着你们的祝福,继续前往下一段更精彩的人生路。

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial) on

Menteri Belia dan Sukan,YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut hadir pada sidang media yang diadakan di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) , Putrajaya pada tengahari tadi.

Lee Chong Wei turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan, rakan seperjuangan, jurulatih, keluarga dan seluruh rakyat Malaysia diatas sokongan kepadanya selama ini dengan keadaan yang penuh sedih dan dilihat menitiskan air mata sepanjang sesi siding media tersebut.

Tambah Lee, beliau ingin berehat selepas ini bersama keluarga selepas 19 tahun berjuang mengharumkan nama negara.

Rata-rata rakyat Malaysia yang menonton sidang media tersebut telah meninggalkan komen dengan mengucapkan ribuan terima kasih dan semoga maju jaya untuk lagenda badminton tanah Air ini. Terima kasih Datuk! Selamat berehat dan dah tiba untuk Datuk kongsikan resepi kepada bakat muda yang lain. Jangan lupa share artikel ini sekiranya ia bermanfaat buat anda. Terima kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*